We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Month: March 2022

Sudah lebih 1.3 juta kanak-kanak divaksinasi

Sudah lebih 1.3 juta kanak-kanak divaksinasi

KUALA LUMPUR: Seramai 1,323,892 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun atau 37.3 peratus populasi itu di Malaysia menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,851,056 individu atau 91.6 peratus daripada kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,947,622 atau 94.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sejumlah 15,758,429 individu atau 67 peratus populasi dewasa pula menerima dos penggalak dan 22,952,209 atau 97.6 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,228,125 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sebanyak 51,867 dos vaksin…
Read More
Takaful Ikhlas Bantu Asnaf

Takaful Ikhlas Bantu Asnaf

PETALING JAYA: Anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad, Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful Ikhlas) dengan kerjasama Majlis Orang Besar Diraja Kelantan sedang melaksanakan program penyerahan bantuan Ramadan kepada asnaf terpilih di negeri Kelantan. Menerusi program itu, Takaful Ikhlas telah menjana sumbangan RM40,000 daripada zakat wakalah syarikat untuk diagihkan kepada 150 keluarga miskin di 10 kawasan jajahan di negeri Kelantan bagi membantu mereka membuat persiapan berpuasa. Sumbangan tersebut termasuk barangan keperluan bernilai RM100.00 dan sumbangan wang tunai RM200.00 seorang. Kriteria penerima adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Penyerahan replika cek sumbangan itu disampaikan oleh Presiden…
Read More
Ekonomi Gig Malaysia boleh mendapat manfaat daripada NFT Gaming.

Ekonomi Gig Malaysia boleh mendapat manfaat daripada NFT Gaming.

Syarikat teknologi besar seperti Grab, Foodpanda, dan Shopee kini menguasai ekonomi gig di Malaysia. Kebanyakannya bermula dari kecil, tetapi apabila aplikasi firma unik mereka mendapat tarikan, perkhidmatan yang mereka sediakan menjadi semakin popular. Kebanyakan rakyat Malaysia apabila  mendengar istilah "ekonomi gig," mereka secara spontan memikirkan pemandu e-hailing dan penghantar makanan yang mana masing-masing bertanggungjawab menghantar penumpang, barangan, makanan dan minuman. Datuk Clifford Hii Bagaimanapun, keadaan pada masa depan mungkin berbeza seperti yang dikongsi oleh Datuk Clifford Hii, pengasas Metabond Group Sdn Bhd, sebuah syarikat teknologi tempatan. Menurut beliau, ekonomi gig merangkumi pelbagai jenis pekerjaan. Kesemuanya bersifat sementara atau untuk jangka…
Read More
Pengecualian 7 Hari Tol Di Sempadan Johor-Singapura

Pengecualian 7 Hari Tol Di Sempadan Johor-Singapura

Dikatakan pembukaan semula sempadan Johor-Singapura akan bermula esok iaitu 1 April 2022. Malah, kerajaan telah memutuskan untuk mengetepikan bayaran tol untuk tempoh seminggu di dua plaza tol di Johor. Menurut Perdana Menteri, pengecualian itu melibatkan semua jenis kenderaan yang melalui tambak Johor dan juga Lebuhraya Linkedua. “Ia selaras dengan pendekatan untuk memudahkan perjalanan rentas sempadan dengan Singapura. Pengecualian ini adalah untuk rakyat Malaysia dan pengguna tambah nilai atau mereka yang memperbaharui ‘Touch and Go’ dan ‘Smart Tag’ mereka“Pengecualian tol ini melibatkan perjalanan pergi dan balik melalui dua plaza tol terbabit dalam tempoh tersebut,” kata Ismail dalam satu kenyataan hari ini.Ismail…
Read More
Fatin Ilyana Layak Tapi Tidak Disenaraikan Ke Sukan SEA

Fatin Ilyana Layak Tapi Tidak Disenaraikan Ke Sukan SEA

PETALING JAYA: Pemilihan kuartet 100 meter wanita ke Sukan SEA, pada Mei ini, mencetuskan kontroversi apabila nama atlet remaja, Fatin Ilyana Mat Nayan yang layak ke sesi pemilihan temasya berkenaan namun tidak disenaraikan. Semua atlet 100m wanita negara diwajibkan menyertai sesi percubaan Kejohanan KL All Comers di Bukit Jalil, Sabtu lalu. Zaidatul Husniah Zulkifli yang memegang masa terbaik dalam kalangan pelari 100m wanita negara (11.59s) memenangi perlumbaan dengan catatan (11.62s), diikuti Nur Sarah Adi (11.89s), manakala Fatin Ilyana di tempat ketiga dengan catatan kelajuan 11.97s. M. Balamurugan Hampa Bagaimanapun, nama Fatin Ilyana digugurkan daripada temasya di Vietnam yang berlangsung pada…
Read More
Anak perempuan dicabul, bapa serang pemandu van sekolah

Anak perempuan dicabul, bapa serang pemandu van sekolah

Seorang bapa yang dikenali dengan nama Facebook Tuan Amir Danau tidak berfikir dua kali sebelum menampar dan menumbuk pemandu van sekolah yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap anak perempuannya. Menerusi dua video yang dikongsikan di media sosial, Amir terlebih dahulu bertanyakan hal itu kepadanya namun pemandu terbabit berulang-kali menafikan dakwaan tersebut. Tingkah laku tidak senonoh pemandu itu terbongkar apabila anak perempuannya, yang lebih dikenali sebagai Neno, menghantar Whatsapp kepada ibunya yang mengadu tentang kelakuan 'pelik' pemandu itu. Sumber dari b.car.com.my "Hari pertama dia tanya nama dulu. Cakap dia comel lah, cantiklah dan cubit-cubit pipi. Esok dia buat benda lain pula.…
Read More
Puasa qada di hari Syak… adakah dibolehkan dalam Islam?

Puasa qada di hari Syak… adakah dibolehkan dalam Islam?

Bulan Ramadan bakal menghampiri kita, ketika ini pasti ramai membuat persiapan termasuk menggantikan puasa yang ditinggalkan sebelum ini. Bagaimanapun, apakah hukum menggantikan puasa pada hari Syak iaitu hari terakhir dalam bulan Syaaban sebelum masuknya bulan Ramadan? Orang ramai mungkin tertanya-tanya mengenai persoalan ini. Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, maksud hari Syak adalah hari ke-30 dari bulan Syaaban sebagaimana dinyatakan oleh para fuqaha. Imam Al-Nawawi berkata; (Maksudnya): Para ashab kami berkata bahawa hari syak adalah hari ke- 30 dari bulan Sya’ban. Pada asasnya, terdapat larangan daripada berpuasa pada sehari…
Read More
Selepas Dua Tahun Sukar, SPM 2021 Berakhir Hari Ini

Selepas Dua Tahun Sukar, SPM 2021 Berakhir Hari Ini

MELAKA: Menteri Pendidikan Kanan Datuk Dr Radzi Jidin bersyukur peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dapat dilaksanakan dengan teratur. Menurutnya, bermula dengan ujian lisan pada 8 Februari lalu diikuti ujian bertulis 2 Mac hingga kertas terakhir iaitu Lukisan Kejuruteraan. Peperiksaan berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak walaupun negara dilanda Covid-19 dan banjir sebelum ini. Petang tadi kami ke Sekolah Menengah Teknik Melaka untuk bersalaman dengan pelajar yang baru sahaja menghabiskan kertas terakhir. Kepada anak-anak SPM 2021, sesungguhnya anda telah melalui tempoh dua tahun yang amat mencabar. Berehatlah, anak-anak! Pakcik doakan yang terbaik untuk kamu semua. Kepada guru-guru yang telah mendidik…
Read More
Dihukum Penjara Dan Denda RM50,000 Jika Menulis Komen Yang Memalukan Orang Lain.

Dihukum Penjara Dan Denda RM50,000 Jika Menulis Komen Yang Memalukan Orang Lain.

Tahukah anda jika anda didapati bersalah menggunakan media sosial untuk menyiarkan kata-kata kesat atau mengedar bahan dengan tujuan mengaibkan orang lain. Anda boleh dihukum di bawah Seksyen 233 dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya. Tingkah laku yang disebutkan di atas adalah buli siber, dan mangsa boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa. Jika sabit kesalahan, pembuli akan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar perkhidmatan rangakain). Menurut kenyataan Utusan Malaysia, Cyber ​​Security Malaysia (CSM) telah menemui sejumlah 2,190 insiden buli siber dalam tempoh lima tahun lepas. Dipercayai 571…
Read More
Iskandar Zulkarnain kini jurulatih sepenuh masa di Ireland

Iskandar Zulkarnain kini jurulatih sepenuh masa di Ireland

BEKAS perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, bertekad menggantung raket dan memasuki perjalanan karier baru selaku tenaga kejurulatihan. Beliau akan berkhidmat sebagai jurulatih skuad badminton kebangsaan Republik Ireland secara sepenuh masa. Khidmat Iskandar Zulkarnain sebelum ini selaku rakan sepelatih Nhat Nguyen ke kejohanan utama seperti Sukan Olimpik Tokyo sebelum bekas naib juara Kejohanan Remaja Dunia itu ditawarkan kontrak selama setahun. Walaupun cetek pengalaman selaku jurulatih pada usia 31 tahun, dia bagaimanapun mengambil inspirasi daripada bekas jurulatihnya selaku nilai tambah dalam misi meningkatkan prestasi pemain negara Eropah itu. Tambahan pula, sejak kecil dia hanya pernah dikendalikan oleh empat orang jurulatih termasuk Hendrawan…
Read More
ms Malay
X