We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Month: January 2022

KKM Melaporkan 12 Kematian Baharu Akibat Covid-19.

KKM Melaporkan 12 Kematian Baharu Akibat Covid-19.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,930 orang, daripada 2.82 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini. Dua daripada 12 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menurut data KKM di portal COVIDNOW. Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 46,785 kes aktif COVID-19…
Read More
PRN Johor: Undi 18 Waktu Terbaik Buktikan Keputusan Kerajaan Betul- Fadhli Shaari

PRN Johor: Undi 18 Waktu Terbaik Buktikan Keputusan Kerajaan Betul- Fadhli Shaari

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ahmad Fadhli Shaari, mengajak anak muda 18 tahun ketas untuk menunjukkan komitmen untuk keluar mengundi nanti. Fadhli menjelaskan bahawa PRN Johor merupakan waktu terbaik untuk buktikan bahawa Undi 18 adalah satu keputusan yang tepat. Keputusan Undi 18 merupakan keputusan dari kerajaan untuk para belia dapat mengundi juga. “Tunjukkan komitmen anak muda akan membuat pengundian dan membuat pilihan yang betul berasaskan kepada fakta dengan keluar beramai-ramai untuk menjalankan tanggungjawab ini. Tambah beliau, PRN Johor merupakan tempat pertama untuk rakyat menilai sendiri berkaitan Undi 18 adalah keputusan yang tepat atau tidak. PRN Johor juga merupakan piloihan…
Read More
Pihak FoodPanda Luaskan Perkhidmatan Kepada 40 Buah Kawasan Baharu

Pihak FoodPanda Luaskan Perkhidmatan Kepada 40 Buah Kawasan Baharu

Peneraju platform penghantaran terkemuka di Asia, foodpanda mengembangkan penguasaan mereka di seluruh Malaysia dengan lebih daripada 40 kawasan baharu merangkumi Kukup sehingga ke Nabawan dan Lubok China serta Jeram Pengarah Urusan foodpanda Sayantan Das berkata, pengembangan perkhidmatan foodpanda ke kawasan-kawasan baharu tersebut adalah penting dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri q-commerce. “Kami sentiasa melihat peluang baharu untuk dimanfaatkan agar dapat menyebarkan kegembiraan kepada lebih ramai pelanggan di seluruh negara," katanya. Tambahan pula sebagai sebuah organisasi yang berkembang maju dalam teknologi dan kecemerlangan operasi, foodpanda kini beroperasi di lebih 303 kawasan di 14 negeri seluruh Malaysia. Para pengguna dari kawasan…
Read More
Kejadian Angin Kencang Menyebabkan 52 Kenderaan Dihempap.

Kejadian Angin Kencang Menyebabkan 52 Kenderaan Dihempap.

KUALA LUMPUR: Sejumlah 52 kenderaan mengalami kerosakan selepas dihempap bumbung berterbangan akibat angin kencang, dalam kejadian di beberapa unit flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Sungai Besi, petang tadi. Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), berkata dalam kejadian 5.30 petang itu, enam rumah Blok A turut mengalami kerosakan. Manakala bancian masih dilakukan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengenalpasti jumlah unit rumah Blok C yang rosak. Pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.21 petang tadi, menerusi media sosial mendapati tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan, beliau berkata. Gambar kejadian tersebut. “Tiada pembukaan…
Read More
PRN Johor: PAS Johor Nafi Tolak Tawaran Kerusi UMNO

PRN Johor: PAS Johor Nafi Tolak Tawaran Kerusi UMNO

PAS menafikan dakwaan bahawa parti itu menolak tawaran kerusi dari UMNO kerana lebih tertarik dengan tawaran dari Bersatu. Parti Bersatu yang dikatakan menawarkan lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya akan datang nanti. Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin memaklumkan bahawa tiada rundingan dan perbincangan dibuat dengan UMNO Johor setakat ini. Rundingan itu berhubung pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang. “Sebagai rakan dalam Muafakat Nasional (MN), PAS Johor sentiasa berlapang dada dan terbuka untuk terus komited dengan usaha memperkukuh permuafakatan ini. Beliau juga berharap apa juga isu berbangkit dapat berbincangkan…
Read More
Bas Rapid Penang Sediakan Bas 2 Tingkat Bermula Febuari

Bas Rapid Penang Sediakan Bas 2 Tingkat Bermula Febuari

Rapid Penang bakal memulakan perkhidmatan bas dua tingkat bermula 1 Feb ini selaras dengan imej baharu sistem pengangkutan di Pulau Pinang. Jurucakap Rapid Bus Sdn Bhd, pengoperasian bas dua tingkat akan dilaksana di laluan 301 dari Terminal Bas Weld Quay ke Relau dan 302 dari Terminal Bas Weld Quay ke Batu Maung berikutan kedua-dua laluan mempunyai permintaan serta kapasiti penumpang yang tinggi. "Pengoperasian bas dua tingkat ini mampu membawa 108 penumpang pada satu-satu masa malah bas yang berkonsepkan akses universal ini juga dilihat mampu menangani permintaan dan kapasiti penumpang tinggi di sesetengah kawasan,"katanya. Kenyataan itu menyebut inisiatif tersebut dijangka mampu…
Read More
Tanah mendap di Sri Kembangan menyebabkan 5 kenderaan rosak.

Tanah mendap di Sri Kembangan menyebabkan 5 kenderaan rosak.

Baru - baru ini tular satu rakaman video di laman Twitter melihatkan beberapa buah kenderaan 'tenggelam' akibat fenomena tanah mendap yang berlaku di kawasan Sri Kembangan. Kejadian itu berlaku petang semalam apabila Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai secara tiba - tiba runtuh, sekaligus mengakibatkan lima kenderaan yang diletakkan di tepi jalan tersebut rosak. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, kejadian ini dikatakan masih lagi dalam pemantauan pihak bomba pada hari ini. https://twitter.com/HezeriSamsuri/status/1485960770597064706 Twitter Selepas menerima panggilan pada jam 6.38 petang semalam, seramai enam orang anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba…
Read More
Isteri dan Dua Anak Cedera, Manakala Lelaki Maut Dalam Sebuah Kemalangan.

Isteri dan Dua Anak Cedera, Manakala Lelaki Maut Dalam Sebuah Kemalangan.

KAMPAR:  Isteri dan dua anaknya cedera manakala seorang lelaki maut setelah kereta dinaiki mereka terlibat nahas di Kilometer 38.3, Jalan Ipoh-Teluk Intan di sini petang tadi. Mangsa terkorban di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan, kemalangan berlaku di hadapan Klinik Kesihatan Jalan Degung. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 6.57 petang. Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang terbabas masuk ke dalam longkang hingga menyebabkan pemandu dan penumpang tercampak keluar dari kenderaan, katanya. “Tiada mangsa yang tersepit…
Read More
Sri Muda banjir lagi ,adun dedah ada sampah di longkang.

Sri Muda banjir lagi ,adun dedah ada sampah di longkang.

Ekoran dari hujan lebat jam 4 petang semalam, beberapa kawasan di Taman Sri Muda mula ditakungi air. Menurut beberapa netizen di media sosial, beberapa rumah di sana juga mula dinaiki air paras buku lali namun begitu ia mula surut sekitar jam 5 petang. https://twitter.com/jokerasya/status/1485525741089746944 Twitter Menurut Pengarah Pasukan Bomba Dan Penyelamat Norazam Khamis, punca kenaikan air di kawasan tersebut adalah disebabkan longkang-longkang yang tersumbat di kawasan tersebut, lapor Malay Mail. Memetik laporan dari Sinar Harian pula, ADUN Kota Kemuning V Ganabatirau mengatakan punca banjir semalam adalah disebabkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat di sana. Saya juga kesal kerana nampak tidak ada semangat kejiranan…
Read More
Kedah: Seramai 1,494 Pelajar Positif Covid-19.

Kedah: Seramai 1,494 Pelajar Positif Covid-19.

Alor Setar: Seramai 1,494 pelajar sekolah di seluruh negeri ini dijangkiti Covid-19 antara 1 Januari hingga semalam. Dr Othman Warijo, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, berkata pelajar berusia antara tujuh hingga 18 tahun itu dilaporkan stabil selepas menjalani rawatan. "Seramai 1,493 kes atau 99.9 peratus pelajar berada pada kategori satu dan dua, manakala 0.1 peratus atau satu kes pada kategori tiga." "Sebanyak 915 kes atau 61.2 peratus masih lagi dirawat, manakala 579 kes atau 38.8 peratus termasuk seorang pelajar yang berada pada kategori tiga sudah sembuh," katanya ketika dihubungi hari ini. Dr Othman Warijo, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)…
Read More
ms Malay
X