
Rumah yang terjejas banjir akan terima baucer rebat RM 500 bagi perkakas elektrik.
Sebentar tadi, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir baru - baru ini akan menerima baucer rebat segera bermula 7 Januari ini. Rebat yang akan diberikan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari ( Seda ) menerusi program Kelestrian Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga ini adalah bertujuan untuk meringankan beban membeli perkakas elektrik domestik yang penting - laporan NST. NST "Kami akan dapatkan data isi rumah yang terkesan dari Agensi Pengurusan Bencara Negara dan orang yang layak bakar menerima baucer rebat RM500 yang boleh digunakan untuk membeli perkakas elektrik di 1,400 kedai…