We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Month: August 2021

LANGKAWI SASAR SEKTOR PELANCONGAN

LANGKAWI SASAR SEKTOR PELANCONGAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan Pulau Langkawi menjadi sektor pelancongan pertama dibuka kepada orang ramai. Pembukaan sektor ini membantu meningkatkan tahap sosioekonomi orang ramai yang terjejas sejak akibat COVID-19 yang menular. Datuk Seri Nancy Shukri, berkata "pulau peranginan itu menjadi pilihan pertama sektor pelancongan kerana lokasinya yang tertumpu dan tertutup, seterusnya mudah dikawal. "Langkawi yang juga permata Kedah mempunyai 119,000 penduduk dan disasar mencapai imuniti kelompok esok." "Syarikat penerbangan antarabangsa juga pergi ke Langkawi. Jadi, ia fokus dan juga 'concentrated area' untuk sektor pelancongan bagi mereka yang sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing," katanya selepas Istiadat Pengurniaan Surat…
Read More
KONTAK RAPAT, PM TERPAKSA KUARANTIN TIDAK HADIR ANGKAT SUMPAH.

KONTAK RAPAT, PM TERPAKSA KUARANTIN TIDAK HADIR ANGKAT SUMPAH.

Perdana Menteri Ke-9, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob perlu menjalani kuarantin sendiri akibat telah disahkan berkontak rapat dengan pesakit positif Covid-19. Akibat perlu menjalani kuarantin sendiri, Ismail Sabri tidak dapat hair ke istiadat angkat sumpah jemaah Kabinet di hadapan di Istana Negara hari ini. Walau bagaimanapun, kenyataan media dari Pejabat Perdana Menteri hari ini menjelaskan yang Ismail Sabri tetap akan menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2021 secara maya di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok. Pada hari Sabtu 28 Ogos 2021 yang lalu, Ismail Sabri telah pulang ke kampung halamannya di Pahang dan menziarahi kubur kedua ibu bapanya di Tanah…
Read More
CARA MENGELAKKAN ANAK KETAGIH GAJET

CARA MENGELAKKAN ANAK KETAGIH GAJET

Pada zaman pascamodenisasi kini, ramai ibu bapa memberi anak-anak mereka peluang untuk bermain dengan gajet. Malah, ramai ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka bermain gajet terlalu lama. Ada juga yang memujuk anak dengan memberikan gajet sehingga pada satu tahap anak-anak mereka boleh ketagih dengan gajet. Ketaihan gajet boleh memberikan kesan-kesan negatif kepada anak-anak seperti lambat bercakap atau speech delay, kerosakan mata, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD) dan banyak lagi. Jadi bagaimana caranya untuk mengellakan anak-anak zaman kini untuk tidak ketagih dengan gajet? JELASKAN PERTURAN BERMAIN GAJET PADA ANAKTetapkan had masa dan terangkan kepada anak-anak anda perturan untuk bermain dengan gajet.Jika…
Read More
ADAPTASI FILEM TRAIN TO BUSAN VERSI US DIKECAM RAMAI

ADAPTASI FILEM TRAIN TO BUSAN VERSI US DIKECAM RAMAI

Berita tentang filem zombi thriller horror yang popular di Korea ; Train to Busan akan mendapat adaptasi baharu dari Amerika Syarikat (US) telah tular di Twitter. Namun, warganet berpendapat bahawa adapati filem itu tidak perlu dan berpendapat lebih baik orang ramai menonton versi asal Train to Busan dari Korea itu. https://twitter.com/The_Gabagool_/status/1431780763402391552 Filem yang diterbitkan pada tahun 2016 itu dengan lakonan selebriti-selebriti Korea terkenal seperti oppa Gong-Yoo dan oppa Don Lee dikatakan sebagai antara filem zombi terbaik yang pernah diterbitkan di dunia filem. Rata-rata warganet menyuruh warga US untuk membaca sarikata daripada 'merosakkan' filem itu dengan mebuat adaptasi versi mereka sendiri.…
Read More
PARALIMPIK TOKYO 2020: PINGAT EMAS PERTAMA MALAYSIA OLEH BONNIE BUNYAU GUSTIN

PARALIMPIK TOKYO 2020: PINGAT EMAS PERTAMA MALAYSIA OLEH BONNIE BUNYAU GUSTIN

Tahniah dan syabas dicuapkan kepada atlet paralimpik bagi acara powerlifitng, Bonnie Bunyau Gustin yang telah meraih pingat emas pertama Malaysia di temasya Paralimpik Tokyo 2020. Bonnie telah bertanding dalam acara powerlifting kategori 72 kilogram pada 28 Ogos 2021 yang lalu dan memenangi tempat pertama. Kejayaan beliau diraikan oleh ramai orang Malaysia termasuk Perdana Menteri YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang mengucapkan tahniah kepada beliau. Sumber: Facebook Ismail Sabri Atlet powerlifting yang berusia 22 tahun itu juga telah mebuat rekod Paralimpik baharu dengan mengangkat berat sejumlah 228 kilogram. Kemenangan Bonnie bukan sahaja telah mengharumkan nama negara Malaysia, malah kemenangan…
Read More
AHLI POLITIK PUKUL PENGAWAL KERANA ANAK TIDAK DAPAT BERENANG

AHLI POLITIK PUKUL PENGAWAL KERANA ANAK TIDAK DAPAT BERENANG

Tular sebuah video memaparkan seorang lelaki memukul seorang pak cik yang bertugas sebagai pengawal menggunakan meja di Menara Majestic Kondominium Ipoh. Dalam video itu, kelihatan juga anak kepada lelaki tersebut terpinga-pinga melihat ayahnya sendiri menghentak pengawal tersebut menggunakan meja sehingga pengawal itu tidak sedarkan diri. Lebih tragis, lelaki atau suspek itu kelihatan seperti memeriksa badan pengawal yang tidak sedarkan diri akibat dipukul olehnya sendiri sebelum pergi tanpa memanggil atau memberikan bantuan. https://www.youtube.com/watch?v=1vSnw8JBBLc Sumber: Youtube Difahamkan suspek yang menginap di rumah tetamu kondominium tersebut marah kerana pengawal itu melarang mereka untuk pergi ke kolam mandi berikutan wabak Covid-19. Menurut pihak polis,…
Read More
KEJAM! LELAKI DITAHAN KERANA MEROGOL, MELIWAT DAN MEMBUNUH SEORANG WANITA

KEJAM! LELAKI DITAHAN KERANA MEROGOL, MELIWAT DAN MEMBUNUH SEORANG WANITA

Kejam dan tidak berperikemanusian, demikian perbuatan yang menimpa seorang wanita yang ditemukan mati dipercayai dirogol dan diliwat sebelum dibunuh oleh seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya di Taman Seruling Emas, Sungai Jawi, Nibong Tebal, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Lee Chong Chern berkata pihaknya menerima laporan pada jam 7.20 malam memaklumkan penemuan mayat seorang wanita berusia 40 tahun disorok di bawah katil di sebuah rumah teres jenis dua tingkat. Lee berkata kejadian disedari seorang wanita yang juga rakan mangsa ketika datang ke rumah tersebut dan mendapati seorang lelaki tidak dikenali sedang keluar dari kediaman berkenaan dengan menaiki motosikal. “Kakak mangsa kemudian menghubungi rakan lelakinya…
Read More
PKP TAK TAHU NAK BUAT APA? JOM TANAM 3 JENIS SAYURAN DI RUMAH, SANGAT MUDAH!

PKP TAK TAHU NAK BUAT APA? JOM TANAM 3 JENIS SAYURAN DI RUMAH, SANGAT MUDAH!

Musim pandemik ni, ramai yang memilih untuk mencuba aktiviti baharu seperti berkebun di rumah sebagai salah satu cara untuk menghilangkan bosan dan terapi diri. Namun, bukan semua jenis sayuran sesuai ditanam dan mungkin tidak berhasil untuk di tanam kerana mati sebelum sempat merasa. Tetapi, terdapat 3 jenis sayuran yang senang untuk ditanam dan mudah tau. Check this out! 1. Sayur Pak Choy Sayur Pak Choy sangat simple, korang hanya perlu menabur biji benih pak choy dalam bekas campuran tanah je. Tapi perlu pastikan bekas berisi benih itu ditutup dengan plastik tau dan dapat pancaran matahari yang mencukupi. Selepas sepuluh hari,…
Read More
TAK SALAH ZIARAH KUBUR LUAR MUSIM RAYA

TAK SALAH ZIARAH KUBUR LUAR MUSIM RAYA

Pada hari Sabtu yang lepas, 28 Ogos 2021, Perdana Menteri YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah menziarahi kubur kedua ibu bapanya di Temerloh, Pahang. Tindakannya itu telah menimbulakan menimbulakan rasa tidak puas hati para netizen. Rata-rata menyoal tindakan Ismail Sabri kerana sebelum ini telah dikeluarkan larangan untuk menziarahi kubur berikutan ketularan wabak Covid-19. Namun, Majlis Keselamatan Nasional (MKN) telah menyemak prosedur operasi standard (SOP) dan mendapati bahawa tidak ada larangan untuk mengunjungi kubur. SOP yang melarang aktiviti menziarah kubur hanya berkuat kuasa semasa perayaan Aidilfitri dan Aidiladha pada bulan Mei dan Julai yang lalu. Menurut Ketua Pengarah MKN, Rodzi…
Read More
GADIS CEMAS TAPAK KASUTNYA TERKOPAK KETIKA DI PPV

GADIS CEMAS TAPAK KASUTNYA TERKOPAK KETIKA DI PPV

Seorang gadis yang teruja untuk menerima vaksin Covid-19 menjadi cemas apabila tapak kasut miliknya terkopak ketika di PPV. Gadis itu tiada pilihan lain dan terpaksa meminjam selipar daripada petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) itu. Tambahnya pula kasutnya terkopak sebelum dia menerima vaksin, terpaksalah dia meminjam selipar supaya proses penerimaan vaksinnya berjalan lancar. Gadis itu berkongsi cerita itu di akaun laman TikToknya @atento dan tidak menyangka video tersebut mendapat tontonan yang ramai. https://www.tiktok.com/@fatin.syzna/video/6998907958226619675?referer_url=http%3A%2F%2Fwww.rosemerah.dnqj.my%2F&referer_video_id=6998909563495828762&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1 Gadis yang dikenali Nurul Fatin Syazana Mohd Don itu berkata insiden itu berlaku ketika dia menerima dos kedua vaksin di PPV Dewan Jubli Intan di Muar, Johor.…
Read More
ms Malay
X