We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Month: June 2021

BAJU KUNING PUN MAK KAU BELIKAN, SEBOK BERGADUH PASAL ABANG ANGKAT ! – NETIZEN

BAJU KUNING PUN MAK KAU BELIKAN, SEBOK BERGADUH PASAL ABANG ANGKAT ! – NETIZEN

Semalam viral apabila tersebar video sekumpulan budak perempuan bergaduh merebutkan abang angkat. Pengguna akaun twitter yang dikenali sebagai @4shrf memuatnaik rakaman video tersebut yang memperlihatkan sekumpulan remaja bergaduh kerana berebutkan abang angkat di suatu kawasan perumahan di Subang Jaya. https://twitter.com/4rshrf/status/1409206776117927939 Remaja berkenaan membuat 'live' di akaun sosial media masing-masing ketika mereka beraksi 'rembat' mangsa dengan memukul dan menarik rambutnya. Difahamkan juga, laporan polis telah dibuat oleh mangsa dan pengguna akaun twitter itu juga sertakan sekali salinan laporan polis yang telah dibuat. https://twitter.com/4rshrf/status/1409230051904679936 Mangsa juga didapati mengalami kecedaraan dan dibawa ke wad kecemasan untuk mendapatkan rawatan. https://twitter.com/4rshrf/status/1409231425316954115 Zaman admin dulu, kalau…
Read More
EURO 2020: SWITZERLAND TUNDUKKAN JUARA DUNIA, PERANCIS MENERUSI PENALTI

EURO 2020: SWITZERLAND TUNDUKKAN JUARA DUNIA, PERANCIS MENERUSI PENALTI

BUCHAREST: Switzerland mengalahkan juara dunia, Perancis 5-4 menerusi sepakan penalti pada pusingan 16 terakhir Euro 2020 pada Isnin ketika pemain Perancis, Kylian Mbappe terlepas sepakan penalti setelah terikat dengan keputusan 3-3. Switzerland pada mulanya ketinggalan 3-1 dengan waktu kurang dari 10 minit. Namun, gol lewat Haris Seferovic dan Mario Gavranovic mengejutkan pihak lawan mereka, Perancis ketika Switzerland memaksa masa tambahan. Mario Gavranovic menyamakan kedudukan pada minit ke-90 ketika Switzerland bangkit dari ketinggalan dua gol sebelum Yann Sommer menyelamatkan sepakan penalti dari Mbappe dalam penentuan untuk menjadikan Switzerland bermain di suku akhir menentang Sepanyol. Perancis kelihatan seperti sedang berlayar setelah penyerangnya,…
Read More
SPEAKER DEWAN NEGARA, DEWAN RAKYAT MENGHADAP AGONG PAGI INI.

SPEAKER DEWAN NEGARA, DEWAN RAKYAT MENGHADAP AGONG PAGI INI.

KUALA LUMPUR: Sesi sembah maklum Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim di Istana Negara bermula jam 11 pagi ini. Terdahulu kenderaan rasmi yang membawa Azhar, dilihat memasuki Pintu 2, Istana Negara kira-kira pukul 9.30 pagi. Sesi itu juga disertai Timbalan-timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon, serta Timbalan Speaker Dewan Negara Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad. Sesi sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini merupakan rentetan kepada siri pertemuan baginda dengan ketua-ketua parti politik serta pegawai-pegawai…
Read More
KEMPEN #BENDERAPUTIH TRENDING BAGI MEMBANTU GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

KEMPEN #BENDERAPUTIH TRENDING BAGI MEMBANTU GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

Selepas kerajaan mengumumkan bantuan bagi rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 semalam, kempen #benderaputih menjadi trending. Kempen ini adalah bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan makanan dan keperluan. Oleh kerana ada yang kehilangan sumber pendapatan dan juga terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kehidupan pada saat getir ini, rakyat Malaysia tampil dengan kempen #Benderaputih yang meminta orang ramai yang dalam kesusahan menaikkan bendera putih bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan pertolongan akibat sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Daripada gambar yang dikongsi, kebanyakan mereka menyatakan, rakyat yang susah tidak perlu berasa malu dan perlu elak daipada melakukan perkara yang boleh merugikan…
Read More
“MORATORIUM AUTOMATIK 6 BULAN TANPA MENGIRA GOLONGAN”-PM

“MORATORIUM AUTOMATIK 6 BULAN TANPA MENGIRA GOLONGAN”-PM

KUALA LUMPUR: Moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan akan diberi kepada individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pemberian moratorium itu tidak memperuntukkan sebarang syarat seperti pengurangan pendapatan, selain tiada semakan bagi mengesahkan sama ada pemohon hilang pekerjaan. Beliau turut memaklumkan tiada lagi dokumentasi perlu dikemukakan untuk permohonan bayaran balik pinjaman berkenaan. Menurut Tan Sri Muhyiddin, kerajaan dengan kerjasama Bank Negara dan pihak bank melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman, menerusi pengumuman PEMERKASA Tambahan sebelum ini secara bersasar. Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com
Read More
PKP DILANJUTKAN MUNGKIN HINGGA PERTENGAHAN JULAI-PM

PKP DILANJUTKAN MUNGKIN HINGGA PERTENGAHAN JULAI-PM

KUALA LUMPUR: Fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir esok, akan diteruskan mungkin hingga pertengahan Julai ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut beliau lagi, fasa pertama itu akan dilanjutkan memandangkan jumlah kes Covid-19 di negara ini belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes seperti yang ditetapkan, sebelum dapat beralih ke fasa seterusnya. Fasa pertama Kawalan Pergerakan itu menguji ketahanan negara supaya dapat melalui proses bagi kesemua fasa yang ada dalam PPN dengan baik. "Sekarang mereka kata PKP dah nak tamat. Saya kata, mulai sekarang kita tak sebut PKP,…
Read More
PREMIS PERNIAGAAN DIBENARKAN BEROPERASI 6 PAGI HINGGA 10 MALAM

PREMIS PERNIAGAAN DIBENARKAN BEROPERASI 6 PAGI HINGGA 10 MALAM

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa pada hari ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia dilaksanakan setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan. “Sebelum ini, operasi melibatkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. Mengulas lanjut, Ismail Sabri memperjelaskan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti ekonomi dan sosial bagi setiap fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menurutnya, dalam fasa satu PPN, SOP am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)…
Read More
KESELAMATAN SIBER FOKUS UTAMA KERAJAAN MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA, MYDIGITAL DILANCARKAN

KESELAMATAN SIBER FOKUS UTAMA KERAJAAN MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA, MYDIGITAL DILANCARKAN

Kerajaan telah melancarkan insiatif MyDigital, yang juga bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mendalami digitalisasi, serta merebut peluang bagi memperbaiki taraf kehidupan. MyDigital merupakan inisiatif nasional bagi melambangkan aspirasi Kerajaan untuk menukar Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang didorong secara digital, dan menjadi pemimpin serantau dalam ekonomi digital. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia berkata kepantasan kebergantungan manusia kepada dunia digital sewaktu era pandemik ini, adalah diluar jangkaan dan mengubah hampir keseluruhan gaya hidup masyarakat dan menjadikan penggunaan teknologi digital sebagai norma baharu. Ia juga telah mempercepatkan lagi usaha dan strategi Kerajaan untuk meningkatkan literasi digital di dalam kalangan masyarakat.…
Read More
PAKCIK TUA NIAT BAIK DISALAH ERTI, DITENDANG TANPA USUL PERIKSA

PAKCIK TUA NIAT BAIK DISALAH ERTI, DITENDANG TANPA USUL PERIKSA

Tindakan seorang warga emas berusia 80 tahun membenarkan seorang remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) menumpang kenderaannya telah disalah ertikan apabila dia didakwa cuba menculik gadis tersebut. Kejadian yang tular di media sosial itu memaparkan seorang wanita yang merupakan ibu kepada remaja tersebut dan orang awam cuba menghalang kereta yang dipandu warga emas itu. https://www.tiktok.com/@oijom/video/6978367994141379841?_d=secCgYIASAHKAESMgowRlWYNf0foBNLgTs%2FIDxKcspFaVlgOHvVEtRAzYkN0%2FVHF5Tzyc6OTdo8Z47VU%2B6XGgA%3D&checksum=05f807c2b7d56425eb1d9fde449c31c20e87e5c0cbb9911c9339b21874a33874&language=en&mid=6978367959957883650&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA9PllujkBjuA_H1JFcmBNVg-xpr5uBglDij_1lRbrwGMeYR_wk2-hZFNtbUDwRIWE&share_app_id=1180&share_item_id=6978367994141379841&share_link_id=8e70e92c-54d9-4fd6-b1da-404dfa8365f2&source=h5_t&timestamp=1624845871&u_code=dfk0da699m8mii&user_id=6900272486732579841&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1 Pengadu (ibu mangsa) yang berumur 54 tahun bersama anaknya (mangsa) yang berusia 16 tahun pergi ke sebuah warung di hadapan untuk membeli sarapan. Selesai membeli sarapan, pengadu menyedari anaknya hilang dan peniaga yang berada di kawasan berhampiran memaklumkan anaknya itu telah mengikuti seorang lelaki dengan…
Read More
‘SEMALAM TIDUR AWAL TAKUT KENA TEMBAK DENGAN MICKEY’- NETIZEN

‘SEMALAM TIDUR AWAL TAKUT KENA TEMBAK DENGAN MICKEY’- NETIZEN

Baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang pengguna akaun Tiktok @hafiyyemokk_ memuat naik video yang 'cringy' dimana dia menyuruh netizen tidur awal dengan gaya seperti budak tidak siuman. Lelaki yang dikenali sebagai Hafiy itu menghasilkan video dimana dia meminta warganet supaya berhenti bermain telefon bimbit dan terus masuk tidur. Tambahnya lagi, jika tidak mahu masuk tidur, mereka perlu beri dua sebab kenapa tidak mahu tidur. https://www.tiktok.com/@hafiyyemok_/video/6971079821145214210?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1 fb Rata-rata netizen meninggalkan komen geli hati dan meluat dengan aksi remaja berusia 17 itu. Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com
Read More
ms Malay
X