We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Month: April 2021

KAPAL TERBANG BUATAN LOUIS VUITTON MULA DIJUAL

KAPAL TERBANG BUATAN LOUIS VUITTON MULA DIJUAL

Suatu ketika dulu fesyen membenarkan kita mengekspresikan diri tanpa mengetepikan fungsi pakaian atau aksesori yang digunakan. Namun zaman telah banyak berubah apabila semua orang lebih sibuk untuk tampil dengan kelainan daripada melihat kepada fungsi sesuatu produk yang mereka beli. Begitu juga dengan sebuah produk yang dikeluarkan oleh Louis Vuitton awal bulan ini yang telah menarik perhatian ramai. https://twitter.com/saint/status/1378030033269313538 Sumber Twitter Beg kapal terbang berkenaan adalah sebahagian daripada koleksi musim gugur/musim sejuk 2021 oleh jenama fesyen dari Perancis tersebut. Namun harganya yang mencecah $ 39,000 (RM 159,997.50) telah menjadi bahan jenaka di media sosial. Ini kerana seseorang itu boleh membeli kapal terbang sebenar…
Read More
LORD VOLDEMORT VERSI TIKTOK, RAMAI TERHIBUR

LORD VOLDEMORT VERSI TIKTOK, RAMAI TERHIBUR

Aplikasi TikTok menyediakan banyak filter-filter yang boleh digunakan orang ramai untuk menghasilkan video-video yang lucu. Salah satunya adalah filter yang membandingkan muka individu dengan selebriti atau watak terkenal. Jika biasanya orang lain ingin wajah mereka dibandingkan dengan selebriti yang cantik dan kacak, tetapi seorang lelaki ini pula ingin mukanya disamakan dengan watak Voldemort dari Harry Potter. https://www.tiktok.com/@readyfredi/video/6955514487088631046?referer_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F&referer_video_id=6955514487088631046&refer=embed Sumber Tiktok Tetapi usahanya bukan mudah, selain perlu menampal hidungnya dia juga bertindak mengecat mukanya menjadi putih dan membalut dirinya dengan kain hitam serta menggunakan 'chopstick' sebagai tongkat sakti. Video berkenaan yang telah meraih puluhan juta tontonan membuat ramai berdekah dengan kegigihannya itu.…
Read More
SWAROVSKI TIDAK LAGI BEKERJASAMA DENGAN NEELOFA

SWAROVSKI TIDAK LAGI BEKERJASAMA DENGAN NEELOFA

Isu pelanggaran SOP dan kompaun yang dikenakan terhadap pengacara dan usahawan, Noor Neelofa nampaknya makin panas. Selepas menerima kecaman hebat netizen kerana melanggar SOP majlis perkahwinan dan merentas negeri, jenama batu kristal mewah Swarovski pula katanya sudah tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa. Semuanya bermula apabila ada beberapa netizen bertanyakan status kolaborasi selebriti tersebut dengan jenama itu selepas pelbagai kontroversi. Syarikat jenama batu kristal itu walau bagaimanapun tidak berdiam diri dan menjawab pertanyaan netizen menerusi akaun Twitter rasmi mereka. Menurut Swarovski, mereka tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa selepas isu tersebut berlaku. Sumber Twitter Walau bagaimanapun, hasil carian sebentar tadi mendapati tweet…
Read More
PURA-PURA BELAI SELEPAS KANTOI LIBAS BAYI

PURA-PURA BELAI SELEPAS KANTOI LIBAS BAYI

Netizen yang dikenali sebagai @RadenZaharatul terdengar jeritan daripada seorang wanita dan terdengar suara bayi, dan terus berlari kearah wanita tersebut. Bila dilihat, wanita yang menjerit itu dipukul oleh seorang lelaki. Memikirkan bahayanya untuk dia menyelamatkan bayi itu, dia terus menjerit dan meminta bantuan orang ramai. Apabila orang ramai mula berkerumun, si pelaku pun berhenti memukul mangsa. https://twitter.com/radenzaharatul/status/1387314714871435268?s=21 Dia bertindak merakam semasa kejadian dan katanya dia ternampak bayi itu dilibas dan dikatakan lelaki itu buat-buat usap bayi tersebut apabila orang ramai datang berkerumun. Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com
Read More
MEME ‘LELAKI KETAWA’ MENINGGAL DUNIA DI USIA 65 TAHUN

MEME ‘LELAKI KETAWA’ MENINGGAL DUNIA DI USIA 65 TAHUN

Juan Joya Borja atau El Risitas, pelawak yang menjadi terkenal dengan gaya ketawanya yang tersendiri dan menjadi meme “lelaki ketawa” dari Sepanyol dilaporkan meninggal dunia pada usia 65 tahun. https://www.youtube.com/watch?v=yLsiSjNR4qM El Risitas meninggal di hospital pada hari Rabu waktu tempatan. Dia sering dikejarkan ke hospital kerana kesihatannya yang semakin merosot sejak tahun lalu. Dia difahamkan sempat mengucapkan terima kasih kepada para peminat kerana menghadiahkan skuter elektrik kepadanya setelah salah satu kakinya terpaksa dipotong pada bulan Mac yang lalu. El Risitas mula dikenali pada tahun 2014, ketika mana dia muncul dan menghasilkan ketawa yang lain daripada yang lain dalam sebuah rancangan…
Read More
WANITA TERKILAN POLIS TAK BAGI RENTAS NEGERI BUAT RAWATAN SEBELUM ‘PERGI’

WANITA TERKILAN POLIS TAK BAGI RENTAS NEGERI BUAT RAWATAN SEBELUM ‘PERGI’

Terkilan itulah kata kata seorang anak yang tidak mampu nak bersua dengan orang tersayang untuk kali terakhir sebelum bapanya menghembuskan nafas terakhir Pertemuan mereka terhalang akibat sekatan rentas negeri dengan sindiran, perlian sinis daripada pihak polis yang telah membataskan Aida Najwa untuk berjumpa dengan ayahnya yang kini sudah menghadap ilahi.  Menurut Aida, walaupun ayahnya itu sedang sakit, tetapi masih mampu untuk bergurau senda dengan anak-anaknya. Pada sabtu lepas, Aida ada menerima panggilan daripada arwah ayahnya,. Ketika itu arwah meminta Aida untuk menghantarnya ke hospital. “Along, tolong hantar abah pergi hospital. Abah kena betulkan tapak dialisis. Jarum tu dah tercabut. Pusat dialisis…
Read More
KAJIAN BUKTIKAN TIMBANG BERAT BADAN HARI-HARI LEBIH CEPAT KURUS

KAJIAN BUKTIKAN TIMBANG BERAT BADAN HARI-HARI LEBIH CEPAT KURUS

Berbeza dengan pandangan coach diet, sekumpulan doktor telah mengkaji pesakit obesiti dan berlebihan berat badan yang berusaha menurunkan berat badan serta orang dewasa yang berlebihan berat badan yang berusaha untuk mencegah kenaikan berat badan. Menurut kajian yang dilaporkan oleh MedicineNet.com, mereka yang lebih kerap timbang berat badan: Lebih kerap kehilangan lebih banyak berat badan. Dapat mencegah kenaikan berat badan lebih dari dua tahun berbanding mereka yang jarang menimbang berat badan mereka. Menurut Dr Imelda Balchin, inilah yang dinamakan ‘self-monitoring’. Ia akan membantu anda memantau dan belajar sendiri apakah amalan pemakanan dan aktiviti harian yang membantu anda mengurangkan berat badan. Ini…
Read More
PELAJAR IPT DIBENARKAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN SEMPENA AIDILFITRI

PELAJAR IPT DIBENARKAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN SEMPENA AIDILFITRI

Menerusi satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan perkara tersebut dalam mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pelajar IPT dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aildilfitri tidak lama lagi, kecuali negeri Sarawak. Pihak KPT telah menetapkan beberapa mekanisme kawalan di mana pergerakan pelajar akan dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan pergerakan pelajar terkawal. "Tarikh yang ditetapkan bagi pergerakan pulang ke rumah masing-masing ialah pada 7 – 12 Mei, manakala pergerakan pelajar kembali ke kampus ialah pada 15 – 20 Mei 2021. Pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga kaedah iaitu menggunakan kenderaan sendiri, dijemput oleh…
Read More
SEOLAH OTAK DI LUTUT, PENIAGA DIKOMPAUN RM50,000

SEOLAH OTAK DI LUTUT, PENIAGA DIKOMPAUN RM50,000

Berikutan kes peniaga burger Wan Mohd. Faisal Wan Kadir yang dikenakan kompaun RM50,000, warganet di pelbagai platform meluahkan rasa kecewa dan terkilan atas tindakan pihak berkuasa. Walaupun sudah berlaku dua hari lalu, sehingga kini ramai mengatakan tindakan mengeluarkan denda itu disifatkan zalim dan tidak berperikemanusiaan. Namun bukan sahaja warganet, seorang penyampai berita Astro Awani iaitu Luqman Hariz seolah-olah turut bengang sehingga berjaya menarik perhatian netizen ketika menyampaikan berita mengenai isu berkenaan. https://twitter.com/Zulhelmikhari/status/1387013772062072834?s=19 Sumber Twitter Rata-rata memuji cara penyampaian Luqman yang berani tanpa perlu ‘berlapik’ ayat-ayat tertentu selain menyifatkan memerlukan lebih ramai lagi penyampai sebegini yang berpihak kepada suara majoriti. Ikuti…
Read More
TULAR GAMBAR JALAN TAR SESAK DENGAN PENGUNJUNG, NAMUN HAKIKATNYA …

TULAR GAMBAR JALAN TAR SESAK DENGAN PENGUNJUNG, NAMUN HAKIKATNYA …

Seperti yang kita tahun, saban tahun bazar di Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai bazar Jalan TAR menjadi tumpuan masyarakat apabila menejelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Namun begitu, beberapa hari yang lalu tular gambar orang ramai beratur panjang nak masuk ke bazar Jalan TAR tular di media sosial. https://twitter.com/Nizamshams3/status/1386311571714965504 Rata-rata netizen menyatakan rasa kecewa dengan mereka kerana ramai yang gagal untuk mematuhi SOP. Menurut pemilik gambar, Nizam mengatakan yang ketika hari tersebut dia telah keluar bersama rakan-rakannya dan membuat keputusan untuk pergi ke bazar raya di Jalan TAR. Ketika di dalam, pas beratur akan…
Read More
ms Malay
X