
POLIS BUKA 12 KERTAS KES VVIP LANGGAR SOP
Sebanyak 12 kertas siasatan dibuka melibatkan golongan VVIP yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, "Bagaimanapun tiga daripadanya tidak diambil tindakan kerana siasatan mendapati individu yang terlibat berada dalam tugasan rasmi serta mengikuti SOP ditetapkan. "Berkenaan kononnya polis tidak ambil tindakan terhadap VVIP, saya nak nyatakan polis menjalankan siasatan terhadap kesemua kes yang diterima dan dilaporkan" katanya. Dalam perkembangan lain, indeks jenayah negara pada tahun lalu menunjukkan penurunan 24 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com