We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Month: February 2021

Arsenal, Man Utd mara, Leicester tersingkir

Arsenal, Man Utd mara, Leicester tersingkir

Penyerang Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang (tengah) meledak dua gol dalam kemenangan ke atas Benfica pada aksi Liga Europa di Stadium Karaiskaki, Athens. - Foto The National PARIS: Pierre-Emerick Aubameyang meledak dua kali termasuk gol kemenangan lewat permainan untuk Arsenal mara ke kelompok 16 terakhir Liga Europa selepas menewaskan Benfica 3-2 di Greece. Pesaing Liga Perdana Inggeris Manchester United turut mara dengan kemenangan agregat 4-0 selepas seri tanpa jaringan pada aksi timbal balik menentang Real Sociedad di Old Trafford. Bagaimanapun Leicester City, yang hanya berbeza jaringan dengan United di tangga kedua Liga Perdana, disingkirkan oleh juara Republik Czech Slavia Prague selepas tewas…
Read More
Azizulhasni cuba teknik berbeza Ahad ini

Azizulhasni cuba teknik berbeza Ahad ini

Azizulhasni memenangi pingat emas acara pecut kejohanan sama minggu lalu selaku cabaran pertama musim ini. - Gambar fail/NSTP JAGUH berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, akan turun berdepan bekas juara remaja dunia, Conor Rowley, dalam Kejohanan Keirin Victoria, Ahad ini, dengan misi mengekalkan kejayaan 100 peratus musim 2021. The Pocketrocketman, yang berpangkalan di Australia, memenangi pingat emas acara pecut kejohanan sama minggu lalu selaku cabaran pertama musim ini. "Conor Rowley antara finalis kejohanan baru-baru ini jadi ia memang bukan sesuatu yang mudah. "Yang bagusnya saya dalam kondisi yang rendah, sementara mereka sedang di tahap terbaik. "Jadi ini memberi peluang kepada saya…
Read More
COVID-19: Satu juta telah daftar terima vaksin di MySejahtera

COVID-19: Satu juta telah daftar terima vaksin di MySejahtera

Seramai satu juta individu telah mendaftar untuk mengambil vaksin COVID-19 di Malaysia, kata Khairy. - Malaymail pic KUALA LUMPUR: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata seramai 1 juta individu telah mendaftar sebagai penerima vaksin. Ia sejak pendaftaran vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi tiga hari lalu melalui aplikasi MySejahtera pada 24 Februari. Dalam ciapan di akaun Twitter miliknya pada awal pagi Jumaat, Khairy berkata lebih ramai petugas barisan hadapan akan menerima suntikan vaksin tersebut. "Ia selamat, ia efektif. Ayuh tamatkan pandemik ini. "Ambil vaksin. Daftar hari ini,” katanya. https://twitter.com/Khairykj/status/1365098415290425344 Justeru, beliau…
Read More
Selamat Menduduki Peperiksaan SPM

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM kepada semua murid-murid khususnya di Parlimen Bandar Tun Razak. Didoakan agar murid-murid dapat menjalani peperiksaan dengan lancar dan tenang. - Facebook Dato' Haji Kamarudin Jaffar Tanggal 22 Februari 2021 merupakan hari pertama bagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM dan Sijil Vokasional Malaysia SVM. Seramai 401,105 calon sekolah memperlihatkan kesiapsiagaan diri masing-masing meskipun berdepan pandemik COVID-19. Di sebalik itu, kekuatan mental dan emosi juga menjadi pemangkin utama calon untuk mengejar cita-cita mereka selepas empat bulan tertangguh peperiksaan berkenaan. Kumpulan pelajar ini cipta sejarah sendiri kerana mengikuti kelas tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan. Pembelajaran bersemuka dilalui…
Read More
8 Malaysian JT members return home from India

8 Malaysian JT members return home from India

Deputy Foreign Minister Datuk Kamarudin Jaafar said the group arrived at the Kuala Lumpur International Airport at 3.58pm 13 January 2021 from New Delhi. - Bernama file pic KUALA LUMPUR: Eight Malaysian Jemaah Tabligh (JT) members returned home from India today after charges against them for abusing their social visit passes were quashed by a High Court. Deputy Foreign Minister Datuk Kamarudin Jaafar said the group arrived at the Kuala Lumpur International Airport at 3.58pm 13 January 2021 from New Delhi. "This was after the Patna High Court in Bihar decided to quash the charges. Only one Malaysian JT member…
Read More
Malaysia laksana program imunisasi COVID-19 hari ini

Malaysia laksana program imunisasi COVID-19 hari ini

Petugas kesihatan melakukan persiapan akhir bagi pelaksanaan suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat petugas barisan hadapan akan menjadi kempulan pertama menerima suntikan vaksin itu. FOTO BERNAMA KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan program vaksinasi percuma secara besar-besaran hari ini untuk memastikan penduduk negara ini, baik rakyat tempatan atau warga asing, dilindungi COVID-19 yang menjangkiti lebih 290,000 orang dan meragut lebih 1,000 nyawa. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu akan diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bakal menjadi individu pertama…
Read More
Permintaan sarung tangan getah tidak akan terjejas

Permintaan sarung tangan getah tidak akan terjejas

Malaysia menguasai 65 peratus pasaran sarung tangan dunia - Foto hiasan IPOH: Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tidak akan mengurangkan permintaan dan kebergantungan terhadap industri sarung tangan getah perubatan yang menjadikan Malaysia pengeluar utama produk terbabit di dunia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata ia berikutan jangkaan serantau bahawa pelaksanan imunisasi menjangkau sehingga lima tahun dengan sarung tangan semestinya diperlukan dalam tempoh itu. Dalam masa sama, katanya, kerajaan akan terus memberi bantuan sewajarnya kepada syarikat korporat yang menceburi sektor industri berkenaan bagi mengekalkan kedudukan itu. "Kita sudah tunjukkan kepada dunia kebolehan menghasilkan…
Read More
Genting SkyWorlds bakal dibuka tahun ini

Genting SkyWorlds bakal dibuka tahun ini

Taman tema Genting SkyWorlds - Foto ihsan Resorts World Genting  KUALA LUMPUR: Taman tema Genting SkyWorlds bakal dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini, sekali gus akan merancakkan semula sektor pelancongan negara ini.  Ketua Operasi Perniagaan dan Strategi, Resorts World Genting, Lee Thiam Kit berkata, ia bakal menjadi taman tema luar yang amat mengagumkan pada ketinggian 6,000 kaki dari aras laut.  Katanya, ini turut menjadikan Genting SkyWorlds sebagai antara taman tema paling unik, bukan saja di rantau ini, malah di peringkat global.  "Genting SkyWorlds menelan perbelanjaan kos kira-kira AS$800 juta (RM3.23 bilion) dan ia hasil kerja keras bertahun-tahun…
Read More
Anak seniwati Mariani angkat lagu joget di persada antarabangsa

Anak seniwati Mariani angkat lagu joget di persada antarabangsa

Rozita Rohaizad melakar sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama yang diundang jayakan International Mother Language Day yang diraikan di Aberdeen Multicultural Center, United Kingdom, Ahad lalu. - Gambar Facebook ROZITA ROHAIZAD KUALA LUMPUR: Lagu irama joget yang menjadi sebahagian daripada seni tradisonal Melayu kini semakin dilupakan, khususnya dalam kalangan generasi baharu yang lebih gemar kepada muzik berentak seperti hip hop, rock serta K-pop.] Bagaimanapun, penyanyi/ pelakon Rozita Rohaizad yang juga anak seniwati Allahyarham Mariani Ismail, tidak silu untuk mengetengahkan irama itu di peringkat antarabangsa semasa menyertai International Mother Language Day (Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa) yang diraikan di Aberdeen Multicultural Center, United Kingdom,…
Read More
Golden oldie ‘King Kazu’ leads Japan’s football veterans

Golden oldie ‘King Kazu’ leads Japan’s football veterans

54 years old footballer, Kazuyoshi Miura (right) still actively playing football for Yokohama FC in top division of the Japan Professional Football League (J1) - BeSoccer pic TOKYO: Japan's Peter Pan striker Kazuyoshi Miura is preparing to play another season despite turning 54 this week, but he's faraway from his country's only footballing golden oldie. Miura, better called King Kazu, are going to be looking to increase his record as the oldest J-League first-division starter when his club Yokohama FC set out their season on Saturday. But he won't be the sole veteran rolling back the years, with nine players over the age of 40 currently lining up for teams across the league's three divisions. "I think Japanese culture may…
Read More
ms Malay
X