We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Uncategorized

SEORANG LELAKI TANAM POKOK PISANG DALAM JALAN YANG BERLUBANG

SEORANG LELAKI TANAM POKOK PISANG DALAM JALAN YANG BERLUBANG

Memetik laporan NY Post, seorang lelaki di barat daya Florida telah menanam pokok pisang di dalam sebuah jalan yang berlubang teruk. Hal ini kerana dia geram dan bosan dengan keadaan jalan yang berlubang tersebut. Lelaki yang mempunyai perniagaan berdekatan jalan tersebut bertindak sebegitu bagi memberi amaran buat orang ramai selepas jalan itu telah berkali-kali disimen, lapor portal sama. Oleh kerana jalan tersebut merupakan jalan persendirian, majlis daerah tempatan tidak akan bertanggungjawab ke atas jalan tersebut. “Jika kami perlu selenggara dan pastikan tiada siapa tercedera, kami perlu letak sesuatu yang mudah orang nampak supaya tiada yang jatuh ke dalam lubang itu,”…
Read More
MAUT DARI TINGKAT 6, KES DISIASAT JKKP SELANGOR

MAUT DARI TINGKAT 6, KES DISIASAT JKKP SELANGOR

Seorang pekerja dari Myanmar berumur 60 tahun telah jatuh dari tingkat enam dari satu platform tinggi berketinggian 15 meter semasa bekerja Ahad lepas pada 5 September 2021. Memandang berat kepada kes itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor telah melakukan satu siasatan. Difahamkan bahawa pada mulanya pekerja itu ditugaskan mengecat laluan besi di kilang berkenaan oleh majikannya sebelum tergelincir lalu jatuh. Siasatan turut mendapati yang warga Myanmar tersebut tidak dibekalkan dengan peralatan perlindungan diri yang bersesuaian sehingga menyebabkan dirinya maut ketika bekerja. Kejadian itu berlaku di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Jalan Kapar, Klang. Berikutan kejadian yang tragis itu, satu notis…
Read More
PEMBANGUNAN HSKLU – PENAFIAN RAJA MUDA SELANGOR

PEMBANGUNAN HSKLU – PENAFIAN RAJA MUDA SELANGOR

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah telah menafikan yang baginda mempunyai apa-apa penglibatan dalam projek pembangunan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) di Selangor. Sebelum ini, telah dilaporkan bahawa syarikat Gabungan Indah Sdn Bhd telah memperoleh hak untuk membangunkan 536.7 hektar tanah HSKLU bagi projek pembangunan bercampur. Gabungan Indah merupakan syarikat subsidiari penuh atau anak syarikat kepada Vibrantscape Sdn Bhd yang dimiliki oleh Perdana Parkcity. Menurut makluman, projek pembangunan bercampur yang berjumlah kira-kira RM3.08 billion itu adalah untuk membangunkan HSKLU bagi menyediakan perumahan bagi generasi akan datang. Tengku Amir Shah telah bertitah di Instagramnya bahawa baginda tidak mempunyai sebarang…
Read More
5 DRAMA CHINA YANG BUAT PENONTON GAGAL MOVE ON

5 DRAMA CHINA YANG BUAT PENONTON GAGAL MOVE ON

Dah habis marathon tengok drama Korea ke tu? Sementara nak tunggu episod baru drama korea uolls tu apa kata korang cuba tonton drama China pula 1. My Girlfriend Is An Allien Berasal dari planet Cape Town, Chai Xiao Qi (Wan Peng) mendapati dirinya terperangkap di Bumi selepas secara tidak sengaja kehilangan alat pengesan. Dia bukan hanya makhluk asing biasa, tetapi seorang master couquettish (flirtatious) dalam mengejar manusia. Ketika dia menghirup hormon lelaki, ia menjadi ubat yang melepaskan perencatan yang paling mendalam dan meletakkan mereka dalam fikiran seorang fangirl. Untuk terus hidup di antara manusia, Chai Xiao Qi bergantung pada kemampuan…
Read More
DISNEY+HOTSTAR TEMUI PENONTON JUN INI

DISNEY+HOTSTAR TEMUI PENONTON JUN INI

KUALA LUMPUR : Syarikat Walt Disney mengumumkan perkhidmatan penstriman yang dinanti-nantikan, Disney+ Hotstar bakal menemui penonton dan peminat rangkaian filem dan drama terbitan tersebut pada 1 Jun ini. Ahmad Izham Omar, Kredit Foto : https://www.marketing-interactive.com Pengarah Eksekutif Kandungan dan Kreatif Disney+ Hotstar Asia Tenggara, Ahmad Izham Omar berkata, menerusi pelancaran platform tersebut, penonton kini mempunyai satu lagi cara untuk menikmati kandungan menarik daripada jenama-jenama hiburan yang paling ikonik di bawah Syarikat Walt Disney. Saluran termasuk Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic dan pelbagai siri hiburan dan filem umum bagi khalayak dewasa muda, serta karya-karya tempatan dan Asia yang terulung.…
Read More
ms Malay
X