
BMW tidak layak terima subsidi seperti Kancil – Azmin Ali
Harga minyak tidak menentu sejak kebelakangan ini. Pemandu kenderaan, sama ada mereka memandu kenderaan dalam negara atau import, mula meluahkan rasa tidak senang terhadap kos petrol yang semakin meningkat. Menurut Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, mekanisme bahan api yang disasarkan mungkin dilaksanakan untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak mentah ke atas golongan berpendapatan rendah. https://twitter.com/AzminAli/status/1527850750935568384?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1527850750935568384%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fbmw-tidak-layak-terima-subsidi-minyak-seperti-kancil-kerajaan-pertimbang-mekanisme-bahan-api-bersasar%2F Tambahnya lagi, kerajaan masih mengusahakan struktur yang sesuai berikutan lonjakan ketara dalam unjuran subsidi bahan api untuk 2022 kepada RM28 bilion berbanding RM11 bilion pada 2021. Susulan kenaikan harga minyak mentah global, Petronas Dagangan Bhd memaklumkan Sinar Harian…