
UMP jalin kerjasama dua universiti Turkiye
KUANTAN: Jalinan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Istanbul Medipol University (IMU) dan Ankara Medipol University (AMU) bakal memperkukuh bidang akademik dan penyelidikan. Kerjasama itu juga akan membuka ruang ke arah peningkatan hubungan membabitkan kedua-dua institusi pendidikan tinggi Malaysia-Turkiye. Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin, berkata kerjasama itu memfokuskan program mobiliti dan pertukaran pelajar, pelantikan profesor pelawat, penyelidikan, dan pengajaran. Ia juga membabitkan kempen kesedaran berkaitan literasi media dan informasi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) bersama komuniti di Ankara. "Pembangunan modal insan menjadi keutamaan dan kerjasama itu juga akan memfokuskan penerbitan bersama, penganjuran seminar, program pertukaran staf…