
Netizen persoal Siti Bainun tak digari macam Awal
Video yang memaparkan peguam bela Awal Ashaari ketika berada di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Selasa mengundang simpati orang ramai. Rata-rata mempersoalkan kenapa selebriti berusia 41 tahun itu dilayan seperti penjenayah. Tampil menjelaskan soalan itu, peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata prosedur menguruskan orang tertuduh (OKT) adalah di bawah bidang kuasa polis. Beliau berkata polis bertindak sebagai penjawat awam dan mempunyai pertimbangan serta prosedur operasi standard (SOP) dalam menguruskan suspek. “Gari atau tidak gari bergantung kepada keputusan polis sendiri bagaimana mereka mahu mengendalikan."Ada juga situasi di mana mereka tidak digari, tetapi sementara menunggu jaminan selesai, mereka perlu digari. Ia terpulang kepada…