
Veteran tentera beri amaran tentang tindakan tegas terhadap perhimpunan tanpa kebenaran
KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil terhadap anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan yang tidak diiktiraf oleh pucuk pimpinan, kata presiden PVATM Sharuddin Omar. Beliau berkata baru-baru ini terdapat segelintir veteran yang dilaporkan telah menubuhkan kumpulan untuk memperjuangkan isu kebajikan veteran yang difikirkan perlu diselesaikan kerajaan segera. Tetapi perjuangan itu berbeza antara satu sama lain. “PVATM ingin menegaskan bahawa ia tidak terlibat dengan kumpulan veteran yang memperjuangkan kebajikan veteran di jalanan dengan cara yang tidak wajar.“Konsep perjuangan PVATM amat jelas sejak dahulu hingga kini dalam memperjuangkan apa jua isu kebajikan veteran. Kita akan sentiasa…