
Kaji semula fatwa larangan melawat Al-Aqsa
SEPANG: Sidang Kemuncak Ulama Islam 2022 mengesyorkan fatwa mengharamkan umat Islam melawat Masjid Al-Aqsa kerana Baitulmaqdis berada bawah jajahan Israel, dikaji semula. Pengerusi Jawatankuasa sidang, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata ini bagi membantu umat Islam di kawasan berkenaan dapat menggerakkan ekonomi setempat. Beliau berkata, kediaman dan pusat ekonomi rakyat Palestin di kawasan berkenaan dimusnahkan sehingga menjejaskan kehidupan mereka. "Kita juga mengajak untuk menyemak kembali fatwa yang tidak menggalakkan umat Islam datang ke bumi Al-Aqsa atas alasan ia satu pengiktirafan diplomatik terhadap penjajahan Zionis. "Dengan perkembangan semasa ketika umat Islam di Al-Aqsa memerlukan sokongan dunia, kita mengajak untuk dikaji…