We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Pendidikan

Graduan diminta hayati sejarah kemerdekaan negara

Graduan diminta hayati sejarah kemerdekaan negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta graduan sentiasa mengingati dan menghayati sejarah kemerdekaan negara. Seri Paduka bertitah penghayatan sejarah adalah penting untuk membangkitkan kesedaran dan kecintaan kepada negara serta menghargai nikmat kemakmuran yang dikecapi sekarang. "Generasi pewaris negara harus sentiasa menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah. Ini kerana manusia yang tidak belajar daripada sejarah akan mengulangi kesilapan sama berulang kali. "Kerana itu para cendekiawan dunia menyatakan bahawa identiti nasional sesuatu bangsa dan negara ditentukan oleh batasan waktu yang berkait rapat dengan sejarah," titah Al-Sultan Abdullah dalam titah diraja pada Majlis Konvokesyen ke-17 dan 18…
Read More
UMP jalin kerjasama dua universiti Turkiye

UMP jalin kerjasama dua universiti Turkiye

KUANTAN: Jalinan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Istanbul Medipol University (IMU) dan Ankara Medipol University (AMU) bakal memperkukuh bidang akademik dan penyelidikan. Kerjasama itu juga akan membuka ruang ke arah peningkatan hubungan membabitkan kedua-dua institusi pendidikan tinggi Malaysia-Turkiye. Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin, berkata kerjasama itu memfokuskan program mobiliti dan pertukaran pelajar, pelantikan profesor pelawat, penyelidikan, dan pengajaran. Ia juga membabitkan kempen kesedaran berkaitan literasi media dan informasi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) bersama komuniti di Ankara. "Pembangunan modal insan menjadi keutamaan dan kerjasama itu juga akan memfokuskan penerbitan bersama, penganjuran seminar, program pertukaran staf…
Read More
Ini 5 perkara perlu anda tahu tentang vitiligo

Ini 5 perkara perlu anda tahu tentang vitiligo

DEMI kesedaran umum, Hari Vitiligo Sedunia diperingati pada 25 Jun setiap tahun. Vitiligo atau turut dikenali sebagai sopak merupakan masalah pigmentasi kulit yang menyebabkan tompok-tompok putih pada bahagian badan. Secara saintifiknya, ia adalah penyakit autoimun kronik yang mempunyai pelbagai prognosis sama ada setempat (localised) atau melarat (progressive) di samping variasi mengikut corak kehilangan warna kulit. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 0.5 peratus sehingga 2 peratus penduduk dunia yang menghidapnya. Ia juga boleh terjadi di semua peringkat umur, tetapi separuh daripada jumlah pesakit yang menghadapinya berusia 20 tahun ke bawah dan satu pertiga pula mempunyai sejarah keluarga. Difahamkan, pesakit tidak dapat sembuh sepenuhnya…
Read More
Radzi wakili Malaysia ke persidangan UNESCO

Radzi wakili Malaysia ke persidangan UNESCO

PUTRAJAYA: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin akan mewakili Malaysia dalam Persidangan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Radzi dalam perkongsiannya di Facebook, memaklumkan beliau selamat tiba di Paris bagi menghadiri persidangan berkenaan yang bermula hari ini sehingga Khamis. Beliau berkata, persidangan kali ini akan membincangkan mengenai Transformasi Pendidikan serta langkah yang boleh diambil bagi memastikan kemajuan dan kemampanan sistem pendidikan. "Beberapa sesi perbincangan dan lawatan kerja turut diadakan sepanjang berada di sini, khususnya berkaitan dengan transformasi pendidikan," katanya. Dalam perkongsiannya itu, Radzi turut berkongsi gambar pertemuannya dengan Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Zamruni Khalid.…
Read More
Program FLICK komitmen PTPTN bantu bakal graduan urus kewangan

Program FLICK komitmen PTPTN bantu bakal graduan urus kewangan

KUALA LUMPUR: Penganjuran Program Literasi Kewangan dan Persediaan Kerjaya (FLICK) Pelajar IPTA pada 2022 adalah komitmen Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) terhadap kebolehpasaran graduan. Program FLICK melibatkan 14 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara dengan fokus utama mendedahkan pelajar dengan ilmu pengurusan kewangan. Bertujuan membantu pelajar membuat persediaan awal sebelum menceburi dunia kerjaya dan peluang pasaran selepas tamat pengajian. Selain menyasarkan penyertaan 100 pelajar setiap IPTA yang terdiri daripada peminjam PTPTN tahun akhir pengajian. Program setengah hari itu menyediakan pelbagai pengisian menarik oleh penceramah berpengalaman dan pakar motivasi. Sebagai peneraju tabung…
Read More
Anugerah bakar semangat Cikgu Fazli

Anugerah bakar semangat Cikgu Fazli

KUALA TERENGGANU: "Anugerah ini membakar semangat saya untuk terus membantu pelajar meningkatkan ilmu pengetahuan. "Saya juga meletakkan harapan tinggi anugerah ini mampu menyuntik semangat warga pendidik lain untuk terus bekerja keras dan memberikan sumbangan terbaik dalam melonjakkan mutu pendidikan negara," kata Muhd Fazli Dollah, 41. Guru Biologi dan Sains dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) itu berkata demikian selepas menerima Anugerah Guru Ikon Pendidikan Digital dalam Majlis Apresiasi Pendidikan Digital Daerah Kuala Nerus semalam. Anugerah itu diberikan kepada 10 guru daerah berkenaan yang menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran digital untuk membantu pelajar dan guru ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan…
Read More
Pilihan utama belia

Pilihan utama belia

PENDIDIKAN Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dikenal pasti sebagai salah satu daripada 14 pemacu perubahan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Oleh itu, sudah tiba masanya TVET menjadi pilihan utama dalam mempersiapkan diri untuk masa depan seperti negara maju yang lain. Pelaksanaan Program Biasiswa B40 TVET Khusus kepada pelajar B40 yang mengikuti pengajian dalam bidang di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi tahun ini. Dengan pengambilan pertama melibatkan 1,000 orang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat sambutan positif daripada pelbagai pihak. Perdana Menteri mengumumkan perkara itu semasa Majlis Perasmian Minggu TVET Kebangsaan 2022…
Read More
10 atlet UiTM ke Sukan Sea Hanoi menerima insentif

10 atlet UiTM ke Sukan Sea Hanoi menerima insentif

Shah Alam: Seramai 10 atlet Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mengharumkan nama negara dan universiti pada Sukan Sea Hanoi, Vietnam. Bulan lalu diberikan wang tunai, pengecualian yuran pengajian, dan kemudahan asrama secara percuma. Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM, Prof Dr Mohd Sazili Shahibi berkata, 10 atlet UiTM itu menunjukkan prestasi terbaik dengan menyumbang empat perak dan lima gangsa kepada kontinjen negara. Menurutnya, 10 pelajar UiTM itu menyumbang kepada sukan sepak takraw, petanque, boling, berbasikal, catur, dan angkat berat. “Selain insentif, atlet terbabit diberikan yuran pengajian secara percuma dan di asrama kepada mereka.“Ini kerana mereka menghargai jasa dan usaha mengharumkan nama…
Read More
Buku bergambar kanak-kanak pertama Makchic

Buku bergambar kanak-kanak pertama Makchic

KUALA LUMPUR: Pada tahun 2019, portal keibubapaan tempatan, Makchic mengadakan sesi perkongsian mengenai gangguan seksual di Instagram. Mereka terkejut apabila 78% pengikut mereka mendedahkan bahawa mereka pernah mengalami beberapa bentuk gangguan seksual semasa kanak-kanak. Dan malangnya, sehingga mereka mendengar orang lain berkongsi pengalaman yang sama, mereka tidak sedar bahawa itu adalah gangguan seksual. Merasakan keperluan untuk menangani isu ini dalam pelbagai peringkat. Pasukan Makchic memulakan projek untuk mendidik golongan muda tentang keselamatan badan, memperkasakan keluarga terhadap penderaan seksual dengan menerbitkan buku bergambar anak pertama mereka. "What If" atau "Bayangkanlah" Terjemahan bahasa Melayu ‘What If’ bertajuk, ‘Bayangkanlah’ telah dilancarkan pada bulan…
Read More
UPM kini nombor 123 Universiti Terbaik Dunia

UPM kini nombor 123 Universiti Terbaik Dunia

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan kecemerlangan dalam QS World University Rankings 2023 apabila berjaya membuat lonjakan sebanyak 20 anak tangga untuk berada pada kedudukan 123 terbaik dunia dan universiti kedua terbaik dalam negara. Kedudukan cemerlang ini sekali gus merekodkan pencapaian terbaik UPM dalam sejarah penarafan antarabangsa. Merujuk kepada pencapaian UPM dalam QS World University Rankings 2023, empat indikator penilaian menunjukkan peningkatan ranking iaitu Reputasi Akademik, Reputasi Majikan, Nisbah Staf Akademik dengan Pelajar dan Peratus Pelajar Antarabangsa dengan indikator pelajar antarabangsa dilihat sebagai kekuatan utama UPM apabila menduduki tempat ke-99 di dunia. Ini menunjukkan reputasi serta pengiktirafan antarabangsa terhadap kemampuan…
Read More
ms Malay
X