
Debat Perdana: Malaysia perlu syarikat seperti Hyundai, LG dan Samsung – Najib
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpandangan kerajaan mana pun yang memerintah, perlu terus berpegang kepada prinsip menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi. Sewaktu berhujah di Majlis Debat Perdana malam tadi, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Kerajaan Barisan Nasional sewaktu zaman beliau mengambil pendekatan untuk mengadakan projek mega yang boleh mewujudkan banyak peluang pekerjaan. “Saya nak ajukan soal infrarakyat, untuk rakyat (projek berkaitan) connectivity mesti diteruskan, sebab ini boleh jana pendapatan. Berjuta-juta pekerjaan boleh diwujudkan, umpamanya ECRL yang telah dilewatkan oleh kerajaan PH dahulu, High Speed Rail, Pan Borneo, MRT3, LRT3, Bandar Malaysia, Tun…