We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Berita terkini

<strong>MOTAC Batalkan Lesen Agensi Pelancongan</strong>

MOTAC Batalkan Lesen Agensi Pelancongan

Kuala Lumpur – Terkini, MOTAC telah menyatakan bahawa kes kenaikan harga tiket penerbangan umrah tidak akan ditolakansurkan. Kes kenaikan harga tiket penerbangan yang dimonopolikan oleh agensi pelancongan yang menjual semula tiket dengan harga tidak masuk akal. Perkara ini memeningkan pelbagai pihak terutama pihak agensi pelancongan yang menyediakan pakej menunaikan umrah. Kenaikan harga pakej umrah sekurang-kurangnya RM1,000.00 setiap jemaah antara penyebabnya ialah monopoli harga tiket penerbangan. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata bahawa tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan lesen agensi atau syarikat pelancongan jika modus operasi perniagaan mereka melanggar undang-undang. Beliau juga berkata bahawa perkara…
Read More
Agensi Bolot Untung Monopoli Harga Tiket

Agensi Bolot Untung Monopoli Harga Tiket

Kuala Lumpur - Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham mengesan bahawa kes kenaikan harga umrah disebabkan agensi pelancongan monopoli harga tiket penerbangan. Kegiatan ini bukanlah perkara baharu dalam industri. Mendedahkan perkara itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata bahawa berdasarkan harga semasa, tiket penerbangan umrah hanya sekitar RM2,700 hingga RM2,800 tetapi dijual semula oleh agensi terbabit sekitar RM4,800 hingga RM5,000. Agensi terbabit kononnya bertindak sebagai perantaraan antara pihak syarikat penerbangan dengan pihak agensi pelancongan lain dalam penjualan tiket penerbangan umrah. Akan tetapi, penetapan…
Read More
Saudia Airlines Sedia Visa 96 Jam Percuma

Saudia Airlines Sedia Visa 96 Jam Percuma

Riyadh – Saudia Airlines akan menyediakan perkhidmatan baharu kepada pelancong yang membeli tiket dengan mereka. Terbaru, Jurucakap Penerbangan Saudia iaitu Abdullah Al Shahrani telah mengeluarkan kenyataan  bahawa Saudia Airlines akan menyediakan perkhidmatan baharu iaitu pelancong akan diberikan visa pelancong 96 jam secara percuma apabila membeli tiket penerbangan dengan mereka. “Visa pelancong akan dikeluarkan tanpa bayaran kepada mereka yang membeli tiket syarikat penerbangan Saudia dengan syarat tempoh visa tidak melebihi empat hari,” Jurucakap Saudia Airlines, Abdullah Al Shahrani. Hal ini selaras dengan Wawasan Saudi 2030, penumpang Saudia Airlines akan diberikan kemudahan visa pelancong 96 jam tanpa bayaran. Oleh itu, kerajaan Saudi…
Read More
Kenaikan Harga Umrah Bukan Salah Agensi

Kenaikan Harga Umrah Bukan Salah Agensi

Kuala Lumpur – Ketidakstabilan harga perkhidmatan ibadah umrah mempengaruhi harga tawaran pakej umrah di kebanyakkan agensi pelancongan. Baru-baru ini, agensi pelacongan mengalami masalah dengan harga pakej umrah melonjak naik berpuncakan kos penginapan dan penerbangan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Ghazali bahawa situasi ini dikesan sejak Oktober tahun lalu ekoran daripada kenaikan jumlah jemaah yang mengerjakan ibadah umrah selepas Arab Saudi membenarkan penggunaan visa pelancongan untuk tujuan ibadah berkenaan.   Pada tahun lalu juga, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengumumkan bahawa tempoh visa umrah telah dilanjutkan daripada satu bulan kepada tiga bulan dan…
Read More
<strong>Malaysia wajib imbas biometrik untuk E-Visa umrah</strong>

Malaysia wajib imbas biometrik untuk E-Visa umrah

Kuala Lumpur – Jemaah Malaysia kini diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi E-Visa Umrah. Kementerian Haji dna Umrah Arab Saudi telah mengumumkan bahawa Malaysia merupakan salah sebuah negara yang wajib menyediakan data biometrik jemaah umrah termasuk cap jari. Antara negara yang tersenarai selain Malaysia ialah UK, Tunisia, Kuwait, Bangladesh. "Jemaah perlu menggunakan aplikasi Saudi Visa Bio yang membolehkan pendaftaran secara pengesahan biometrik meliputi cap jari, wajah, mata dan salinan pasport untuk menghadiri ibadah umrah”, kata Kementerian Haji dna Umrah Arab Saudi. Saudi Visa Bio Aplikasi tersebut merupakan salah satu inisiatif kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan pendaftaran biometrik menerusi peranti mudah alih,…
Read More
Umrah bersama Rehlah International sangat berbaloi

Umrah bersama Rehlah International sangat berbaloi

Kuala Lumpur, 29 November 2022 – Rehlah International Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan sebuah agensi pelancongan penyedia pakej-pakej umrah yang sangat berbaloi dan dipercayai oleh jemaah di sekitar Kuala Lumpur. Setiap tawaran pakej menyediakan perkhidmatan yang setanding dengan hotel-hotel utama di Mekah dan Madinah.         Harga pakej yang mampu milik bermula dari RM7,290.00 dan terdapat harga promosi pada waktu-waktu tertentu sangat berbaloi. Ditambahkan pula, semua perkhidmatan setanding hotel-hotel ternama. Sekiranya jemaah mahu menempah tempat, jemaah hanya perlu membayar RM500 sahaja sebagai deposit.         Jarak hotel ke masjid juga dekat dan jaminan hotel yang bertaraf lima bintang dilengkapi dengan pengangkutan berhawa dingin…
Read More
Anwar angkat sumpah sebagai PM ke-10 pada 5 petang hari ini

Anwar angkat sumpah sebagai PM ke-10 pada 5 petang hari ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR, 24 November – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis (24 Nov) berkenan dengan pelantikan Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Pegawai Pengawal Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dibuat mengikut Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) daripada Perlembagaan Persekutuan. Pelantikan itu dimuktamadkan selepas Seri Paduka menimbangkan pendapat Raja-Raja Melayu yang mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara hari ini untuk membuat keputusan terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat, katanya. Penyampaian…
Read More
Johari Abdul Ghani menang di Titiwangsa

Johari Abdul Ghani menang di Titiwangsa

KUALA LUMPUR, 20 November - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa (P.119) dengan majoriti 4,632 undi. Beliau yang berjaya meraih jumlah undi sebanyak 25,042 bertekad untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen seperti yang dijanjikan kepada pengundi. Datuk Seri Johari memenangi kerusi parlimen itu buat penggal kedua selepas PRU13.  "Kita nak lihat masalah tertunggak di sini, isu berbangkit di Flat Sg Baru, Datuk Keramat. Ini antara isu yang saya bawa untuk kerajaan melihat semula demi kesejahteraan rakyat khususnya penduduk dalam Parlimen Titiwangsa," kata Johari  selepas Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said mengumumkan…
Read More
Golf GTI: The Modern Classic

Golf GTI: The Modern Classic

Cliche as this may sound, the 1974 classic has all the bells and whistles to WOW the 2022 crowd. The Volkswagen Golf hatchback and its sportier other half need no introduction. Since its roll-out way back in 1974, it has become one of the world's most celebrated cars...and Alfons Lowenberg's secret project (codenamed EA 337) has come full circle in 2022, with the MK8 generation GTI. The MK8 did not roll out without its own horror story, with fans still lamenting on the Mk7.5 which was deemed the perfect GTI, as the automotive world sneaks into EV development, raising concerns…
Read More
Graduan diminta hayati sejarah kemerdekaan negara

Graduan diminta hayati sejarah kemerdekaan negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta graduan sentiasa mengingati dan menghayati sejarah kemerdekaan negara. Seri Paduka bertitah penghayatan sejarah adalah penting untuk membangkitkan kesedaran dan kecintaan kepada negara serta menghargai nikmat kemakmuran yang dikecapi sekarang. "Generasi pewaris negara harus sentiasa menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah. Ini kerana manusia yang tidak belajar daripada sejarah akan mengulangi kesilapan sama berulang kali. "Kerana itu para cendekiawan dunia menyatakan bahawa identiti nasional sesuatu bangsa dan negara ditentukan oleh batasan waktu yang berkait rapat dengan sejarah," titah Al-Sultan Abdullah dalam titah diraja pada Majlis Konvokesyen ke-17 dan 18…
Read More
ms Malay
X