
KEDAI RUNCIT WARGA ASING DISERBU IMIGRESEN
PUTRAJAYA – Sebanyak 16 kedai runcit yang dikendalikan oleh warga asing diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Bukit Sentosa dan Dengkil dekat sini pada Isnin dan Selasa lalu. Jelasnya, Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud, pihaknya menahan seramai 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi itu. Mereka terdiri daripada 18 lelaki warga Bangladesh, tujuh lelaki warga Myanmar, tiga lelaki warga Indonesia, dua perempuan warga Indonesia, dua lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki warga India. “Semasa serbuan dijalankan terdapat warga asing yang cuba bertindak melarikan diri dan membuat provokasi, namun mereka dapat diberkas,”DATUK KHAIRUL DZAIMEE DAUD, KETUA PENGARAH JABATAN…