We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Atiqah Yunus

86 Posts
Tips supaya bayi baru lahir boleh tidur sendiri

Tips supaya bayi baru lahir boleh tidur sendiri

Aktiviti harian akan menjadi sibuk selepas kelahiran bayi. Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat terhad kepada penyusuan, mandi, menukar lampin dan memujuk – namun begitu, terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada penjagaan asas ini. Penjagaan kesihatan bayi yang lain termasuklah penjagaan kulit bayi, memahami tangisan bayi dan membantu dalam perkembangan bayi. Oleh yang demikian, seorang pengguna TikTok telah berkongsi cara menjaga bayi yang baru lahir tanpa ibunya berada setiap masa pada bayi supaya ibu-ibu ada masa untuk mereka sendiri walaupun sekejap. Baca juga:Punca Bayi Alami Sindrom Flat Head & Ini 6 Bantal Yang Sesuai Untuk Mereka…
Read More
Cacar monyet: Kerajaan digesa keluarkan garis panduan jelas, ketatkan sempadan

Cacar monyet: Kerajaan digesa keluarkan garis panduan jelas, ketatkan sempadan

Kerajaan digesa perkenal garis panduan jelas mengenai cacar monyet, ketatkan kawalan sempadan Kementerian Kesihatan digesa mengeluarkan "garis panduan yang jelas dan khusus" mengenai wabak baru cacar monyet, yang telah dikesan di beberapa negara, menurut Ahli Parlimen Kuching Dr Kelvin Yii. Yii berkata garis panduan yang betul, termasuk nasihat bagi mereka yang merancang untuk melancong ke luar negara, adalah penting untuk melindungi orang ramai daripada virus itu dan juga sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelaknya daripada merebak ke negara ini. "Sehingga Sabtu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan 92 kes cacar monyet yang disahkan dan 28 yang disyaki di 12 negara ketika penularan misteri…
Read More
Kaji semula fatwa larangan melawat Al-Aqsa

Kaji semula fatwa larangan melawat Al-Aqsa

SEPANG: Sidang Kemuncak Ulama Islam 2022 mengesyorkan fatwa mengharamkan umat Islam melawat Masjid Al-Aqsa kerana Baitulmaqdis berada bawah jajahan Israel, dikaji semula. Pengerusi Jawatankuasa sidang, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata ini bagi membantu umat Islam di kawasan berkenaan dapat menggerakkan ekonomi setempat. Beliau berkata, kediaman dan pusat ekonomi rakyat Palestin di kawasan berkenaan dimusnahkan sehingga menjejaskan kehidupan mereka. "Kita juga mengajak untuk menyemak kembali fatwa yang tidak menggalakkan umat Islam datang ke bumi Al-Aqsa atas alasan ia satu pengiktirafan diplomatik terhadap penjajahan Zionis. "Dengan perkembangan semasa ketika umat Islam di Al-Aqsa memerlukan sokongan dunia, kita mengajak untuk dikaji…
Read More
Dua beranak ditemukan mati dalam rumah

Dua beranak ditemukan mati dalam rumah

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemukan mati dalam sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, semalam. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 10.17 pagi berhubung kejadian seorang wanita tempatan berumur 71 tahun tidak sedarkan diri dan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun dalam keadaan tergantung di rumah terbabit. "Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Tiada sebarang kesan umpil dan pecah masuk. "Barangan peribadi milik kedua-dua mangsa seperti wang tunai dan telefon bimbit, berada di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Selain…
Read More
Malaysia, Qatar kaji ternak udang guna sistem akuaponik

Malaysia, Qatar kaji ternak udang guna sistem akuaponik

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Qatar telah bersetuju menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan akuakultur membabitkan ternakan spesies udang galah dan laut menggunakan sistem akuaponik serta kitaran semula air di kawasan padang pasir. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad, berkata penyelidikan akan dijalankan secara bersama oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Qatar (UQ). "Industri akuakultur di Qatar membangun pesat dan kerjasama penyelidikan ini diharap dapat membantu meningkatkan pengeluaran makanan serta keselamatan makanan berasaskan sumber akuatik. "Sumber akuatik itu terutama dari spesies krustasia seperti udang galah dan udang laut di Qatar," katanya dalam kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Terdahulu,…
Read More
Separuh badan dibaham buaya

Separuh badan dibaham buaya

KINABATANGAN: Seorang lelaki maut dibaham buaya dalam kejadian di Ladang Lamag, Sungai Pin di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa dikatakan diserang buaya ketika menyeberangi sungai menggunakan jambatan kayu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 petang. Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian. "Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba terus melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama beberapa agensi lain. "Mangsa berjaya ditemui namun hanya separuh badannya," katanya dalam kenyataan media, semalam. Katanya, mayat mangsa diserahkan…
Read More
Hanya guna Kurma Tin Adabi je!!!

Hanya guna Kurma Tin Adabi je!!!

Sudah pasti masih ramai dalam kalangan kita yang masih menerima kunjungan tetamu di rumah bukan? Dah bosan asyik sajikan ketupat, lemang dan rendang sahaja, apa kata anda sajikan pula menu nasi daging untuk mereka yang datang. Susah nak masak? RESEPI NASI DAGING ADABI VIRAL -Tumis tomato yang didadu -Tumis la sekali tiga sekawan -Bawang besar,cabai hijau -Tumis dengan planta,wangi -Pastu tuang la kurma Daging Adabi ni 1.Lepas tu ampa tuang la kuah ni dalam beras, kami tambah garam dengan kiub ayam dan daging rebus dalam ni..dan masaklah macam biasa. 2.Ni kami masak dua pot beras basmati bersamaan 3 pot air…
Read More
Usaha angkat bahasa Melayu ke persada antarabangsa- Awang Sariyan

Usaha angkat bahasa Melayu ke persada antarabangsa- Awang Sariyan

KUALA LUMPUR: Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu bermatlamat menyediakan input bagi membantu kerajaan menyediakan satu gerak kerja dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada masa sama, penganjuran acara ini sebagai tanda sokongan dan menyambut gagasan penting dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mencadangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN. Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan, berkata melalui input yang dibentangkan hampir 70 sarjana tempatan, ASEAN dan antarabangsa itu, ia diharap dapat membantu kerajaan mengambil tindakan susulan bagi menjadikan hasrat Perdana Menteri itu satu realiti. "Saya…
Read More
Akhirnya siap selepas 15 tahun

Akhirnya siap selepas 15 tahun

KUALA LUMPUR: Bukan sedikit cabaran dihadapi dalam merealisasikan projek pembikinan filem yang mengangkat kisah perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau, sejak kali pertama diumumkan pada 2007. Berdepan pelbagai cabaran dan halangan sebaik penggambaran peringkat awal filem biografi epik itu bermula pada 2014 sebelum terhenti hingga bertukar pengarah, Mat Kilau di bawah garapan Syamsul Yusof, akhirnya menemui penonton di pawagam tempatan mulai 23 Jun depan. Mengimbas kembali, penerbit filem Mat Kilau, Studio Kembara mendapatkan khidmat Syamsul yang menggarap semula jalan cerita asal dan memulakan penggambaran pada 2017. Teruja berkongsi perkembangan terkini membabitkan filem garapannya, Syamsul menghebahkan butiran mengenai tayangan Mat Kilau di…
Read More
Kuartet renang negara kejutkan Singapura

Kuartet renang negara kejutkan Singapura

HANOI: Kuartet renang negara melakar kejutan apabila menewaskan Singapura dan memecahkan rekod kebangsaan untuk merangkul pingat perak pada Sukan SEA Hanoi, hari ini. Welson Sim, Lim Yin Chuen, Arvin Shaun Singh dan Khiew Hoe Yean menamatkan acara 4x200 meter gaya bebas berganti-ganti lelaki di tempat kedua dengan rekod kebangsaan baharu, tujuh minit dan 19.750 saat (s). Rekod kebangsaan sebelum ini adalah 7:26.74s yang dicatat oleh Welson, Lim Ching Hwang, Kevin Yeap dan Vernon Lee pada temasya Sukan Komanwel 2014 di Glasgow. Emas menjadi milik kuartet perenang tuan rumah - Nguyen Huu Kim Son, Nguyen Huy Hoang, Hoang Quy Phuoc dan…
Read More
ms Malay
X