We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Aznita Atika

92 Posts
KKM Melaporkan 12 Kematian Baharu Akibat Covid-19.

KKM Melaporkan 12 Kematian Baharu Akibat Covid-19.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,930 orang, daripada 2.82 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini. Dua daripada 12 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menurut data KKM di portal COVIDNOW. Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 46,785 kes aktif COVID-19…
Read More
Kejadian Angin Kencang Menyebabkan 52 Kenderaan Dihempap.

Kejadian Angin Kencang Menyebabkan 52 Kenderaan Dihempap.

KUALA LUMPUR: Sejumlah 52 kenderaan mengalami kerosakan selepas dihempap bumbung berterbangan akibat angin kencang, dalam kejadian di beberapa unit flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Sungai Besi, petang tadi. Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), berkata dalam kejadian 5.30 petang itu, enam rumah Blok A turut mengalami kerosakan. Manakala bancian masih dilakukan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengenalpasti jumlah unit rumah Blok C yang rosak. Pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.21 petang tadi, menerusi media sosial mendapati tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan, beliau berkata. Gambar kejadian tersebut. “Tiada pembukaan…
Read More
Isteri dan Dua Anak Cedera, Manakala Lelaki Maut Dalam Sebuah Kemalangan.

Isteri dan Dua Anak Cedera, Manakala Lelaki Maut Dalam Sebuah Kemalangan.

KAMPAR:  Isteri dan dua anaknya cedera manakala seorang lelaki maut setelah kereta dinaiki mereka terlibat nahas di Kilometer 38.3, Jalan Ipoh-Teluk Intan di sini petang tadi. Mangsa terkorban di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan, kemalangan berlaku di hadapan Klinik Kesihatan Jalan Degung. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 6.57 petang. Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang terbabas masuk ke dalam longkang hingga menyebabkan pemandu dan penumpang tercampak keluar dari kenderaan, katanya. “Tiada mangsa yang tersepit…
Read More
Kedah: Seramai 1,494 Pelajar Positif Covid-19.

Kedah: Seramai 1,494 Pelajar Positif Covid-19.

Alor Setar: Seramai 1,494 pelajar sekolah di seluruh negeri ini dijangkiti Covid-19 antara 1 Januari hingga semalam. Dr Othman Warijo, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, berkata pelajar berusia antara tujuh hingga 18 tahun itu dilaporkan stabil selepas menjalani rawatan. "Seramai 1,493 kes atau 99.9 peratus pelajar berada pada kategori satu dan dua, manakala 0.1 peratus atau satu kes pada kategori tiga." "Sebanyak 915 kes atau 61.2 peratus masih lagi dirawat, manakala 579 kes atau 38.8 peratus termasuk seorang pelajar yang berada pada kategori tiga sudah sembuh," katanya ketika dihubungi hari ini. Dr Othman Warijo, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)…
Read More
Kemalangan Babitkan Dua Kereta Menyebabkan Tiga Maut dan Empat Cedera.

Kemalangan Babitkan Dua Kereta Menyebabkan Tiga Maut dan Empat Cedera.

KUANTAN: Kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kuantan-Maran berhampiran pusingan U Batu 3 Tanah Putih, di sini malam tadi, menyebabkan tiga maut manakala empat lagi cedera. Supt Kamarulzaman Jusoh, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, berkata kemalangan berlaku kira-kira 11.30 malam. Kemalangan tersebut menyebabkan pemandu kereta jenis Proton Iswara, Adzarul Fadzlie Ahmad Roki, 33, meninggal dunia akibat terbakar di seluruh badan. Supt Kamarulzaman Jusoh, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang. Turut maut adalah penumpang hadapan kereta jenis Proton Saga, Azura Iskandar Mohamad, 32, dan anak perempuannya, Nur Izara Al Aishah Mohd Fairus, 5, akibat kecederaan di kepala, beliau…
Read More
KKM Melaporkan Sebanyak 13 Kematian Baharu Akibat Covid-19.

KKM Melaporkan Sebanyak 13 Kematian Baharu Akibat Covid-19.

Shah Alam: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 13 kematian baharu akibat Covid-19 pada Rabu. Tiga kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID), daripada jumlah tersebut. Jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan ialah 31,831, menurut laman sesawang CovidNow. Laman Sesawang CovidNow. Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata enam daripada satu juta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu ini. Terengganu menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan 21 kematian, diikuti Melaka (11) dan Pahang (10). KKM merekodkan 3,229 kes baharu positif Covid-19 pada menjadikan jumlah kumulatif kes positif…
Read More
Seorang Lelaki Dipercayai Lemas Semasa Menyeberang Sungai Golok.

Seorang Lelaki Dipercayai Lemas Semasa Menyeberang Sungai Golok.

Tanah Merah: Seorang lelaki dikhuatiri lemas semasa menyeberang Sungai Golok dekat Kampung Jenub di sini selepas bertemu dengan dua rakannya di negara Thailand, pagi semalam. Mohd. Fikri Nor Azhar, 22, mangsa berasal dari Kampung Buyung, Bukit Bunga, Jeli dipercayai lemas sebelum mayatnya ditemui kira-kira pukul 2 pagi di Sungai Jenub hampir 12 jam kemudian. Mohd. Adni Ibrahim, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli berkata, mangsa dipercayai hanyut dan tenggelam ketika mengharungi Sungai Golok yang memisahkan Malaysia-Thailand. Mangsa difahamkan hanyut semasa ingin pulang ke rumahnya selepas bertemu dua rakannya di negara berkenaan. Kejadian disedari dua rakan yang menghantar lelaki berkenaan di…
Read More
Sebanyak 12 Kes Kematian Covid-19 Dilaporkan, Catat Sebanyak 31,793 Kes.

Sebanyak 12 Kes Kematian Covid-19 Dilaporkan, Catat Sebanyak 31,793 Kes.

Putrajaya: Sebanyak 12 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan sebanyak 31,793 kes. Tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam, menurut data pada laman web CovidNow. “Tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dilaporkan, dengan jumlah kes BID kekal 6,415 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini. Laman web CovidNow. Kesemua kematian tersebut dilaporkan di Pahang (3), Kedah (2), Melaka (2), Kelantan (1), Johor (1), Negeri Sembilan (1), Sarawak (1) dan Selangor (1). Manakala serta tiada kematian di Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Sebanyak 41,199 kes aktif…
Read More
Sibu: Kaki Pesakit Diabetes Dibawa Lari Anjing Liar.

Sibu: Kaki Pesakit Diabetes Dibawa Lari Anjing Liar.

Sibu: Kecoh apabila berlakunya penemuan sebahagian kaki manusia dipotong dipercayai dibawa lari anjing liar. Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Collin Babat, berkata kaki itu ditemui di kawasan tempat letak kenderaan sebuah kedai besi buruk yang terletak berhampiran tanah perkuburan Cina di Jalan Bukit Lima, kira-kira jam 8 pagi, hari ini. Menurutnya, bahagian kaki sebelah kiri sehingga paras bawah lutut itu ditemui pekerja kedai besi buruk berkenaan dan segera melaporkan di Balai Polis Lanang. Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Collin Babat. “Susulan itu anggota dari Balai Polis Lanang dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu bergegas ke lokasi…
Read More
Banjir Sarawak: 46 Orang daripada Lima Keluarga ditempatkan di PPS.

Banjir Sarawak: 46 Orang daripada Lima Keluarga ditempatkan di PPS.

SIBU: Daerah Sibu menjadi kawasan pertama yang terjejas akibat perubahan monsun, 46 orang daripada lima keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air sejak malam tadi. Janggan Muling, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sibu berkata PPS itu mula dibuka pada 3.14 petang melalui arahan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Wong Hee Sieng. Janggan Muling, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sibu. Beliau berkata sebaik sahaja menerima maklumat awal banjir kilat pada 12 tengah hari. Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah yang dikejarkan ke lokasi mendapati sebahagian kawasan terjejas telah dinaiki air…
Read More
ms Malay
X