We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Diyanah Nabilah

94 Posts
Sempadan negara dibuka sepenuhnya 1 Mac mendapat persetujuan MPN

Sempadan negara dibuka sepenuhnya 1 Mac mendapat persetujuan MPN

Majlis Penulihan Negara (MPN) hari ini bersetuju dengan cadangan bagi membuka sempadan negara sepenuhnya menjelang 1 Mac 2022 kepada semua tanpa perlu menjalani proses kuarantin wajib. Menurut pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembukaan ini bermaksud mereka yang ingin memasuki negara ini tidak lagi perlu menjalani tempoh kuarantin wajib seperti yang dikenakan sekarang iaitu 7 hari bagi pengembara yang telah divaksin sepenuhnya dan 10 hari bagi mereka yang separa atau tidak divaksinasi. Malah bagi mereka yang telah menerima dos penggalak pula, mereka perlu mematuhi tempoh kuarantin lima hari. Tan Sri Muhyiddin Yassin Perkara tersebut akan dilaksanakan dengan terancang selain perlu mengambil kira penilaian…
Read More
Sijil bertukar warna putih sekiranya tidak lengkap booster bagi penerima vaksin Sinovac , Mac ini.

Sijil bertukar warna putih sekiranya tidak lengkap booster bagi penerima vaksin Sinovac , Mac ini.

Mana-mana individu yang menerima dos lengkap vaksin Sinovac, berumur 18 tahun keatas perlu mengambil suntikan dos penggalak selewat-lewatnya dalam bulan ini ,bagi mengekalkan status lengkap vaksinasi mereka. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya gagal berbuat demikian, status vaksin di aplikasi MySejahtera akan berubah dari kuning kepada putih sekiranya bermula 1 Mac 2022. vaksin booster “Perlu mengambil suntikan dos penggalak, kalau tidak sijil vaksinasi kuning akan jadi putih, anda akan dianggap tidak divaksinasi penuh lagi dan sekatan di pintu masuk di premis tertentu” Sebanyak 3.5 juta penerima vaksin Sinovac masih belum menerima dos penggalak. Malah, beliau juga menggalakkan mana-mana jenis vaksin…
Read More
Tweet DG Hisham di twitter buat ramai lega .

Tweet DG Hisham di twitter buat ramai lega .

Sejak dari minggu lalu, kes harian jangkitan Covid-19 mula naik secara mendadak sehingga mencecah lebih dari 10 ribu kes pada Ahad. Perkara ini menyebabkan ramai terkejut selepas melihat angka yang tertera malah ada yang risau kalau tiba - tiba Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ) dikenakan sekali lagi . Namun begitu, pada hari yang sama, Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu DG Hisham turut kongsikan pecahan data Covid-19 mengikut kategori menerusi akaun Twitter miliknya @DGHisham selepas kes harian dikeluarkan. https://twitter.com/DGHisham/status/1490230277897351173?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1490230277897351173%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fkes-harian-naik-hingga-lebih-10k-tapi-ramai-lega-lepas-tengok-tweet-dg-hisham%2F Twitter Malah, DG Hisham menambah lagi di bahagian thread tweet yang sama dengan menyatakan jumlah untuk jangkitan Covid-19 bagi Kategori 4 dan 5 adalah sebanyak 25 kes…
Read More
‘Paxlovid’ keluaran Pfizer diluluskan Singapura bagi rawatan Covid-19 .

‘Paxlovid’ keluaran Pfizer diluluskan Singapura bagi rawatan Covid-19 .

Penggunaan 'Paxlovid' yang merupakan keluaran syarikat perubatan Pfizer bagi merawat pesakit yang disahkan positif Covid-19 telah diluluskan pihak Singapura. Singapura Penggunaan Paxlovid ini adalah ubat telan pertama seumpamanya untuk merawat Covid-19. Menurut laporan Straits Times, Paxlovid hanya digunakan untuk mereka yang positif Covid-19 bergejala ringan sehingga ke bergejala sederhana yang mempunyai risiko kesihatan lain. Ini adalah untuk mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian. Badan Kesihatan Sains Singapura memaklumkan republik itu meluluskan kebenaran sementara untuk penggunaan Paxlovid iaitu kombinasi 2 jenis ubat; nirmmatrelvir (ubat anti-viral) dan ritonavir (ubat pengekalkan kadar darah untuk keberkesanan nirmatrelvir). Paxlovid Paxlovid boleh diambil 2 kali sehari…
Read More
Sikap low profile Ts Noor Hisham, mendapat pujian netizen.

Sikap low profile Ts Noor Hisham, mendapat pujian netizen.

Adalah jadi satu tanggungjawab seseorang itu bagi melakukan saringan, dengar penjelasan berkenaan SOP dan menjalankan kuarantin sesampainya tiba di lapangan terbang dari luar negara, tidak kiralah siapa pun kita termasuklah pengarah kesihatan, Tan Sri Noor Hisham sendiri. Perkara ini dikongsikan oleh seorang doktor yang bertugas di lapangan tersebut melalui Twitter miliknya dan mendapat pujian orang ramai. Dalam hati Tan Sri 'Aku la yang buat SOP ni.....' Ts Hisham dikatakan pada waktu itu sedang mendengar penjelasan daripada petugas kesihatan mengenai SOP, foto itu mendapat perhatian netizen sehingga meraih lebih daripada 11,000 jumlah retweets sejak ia dikongsikan pada 31 Januari 2022 yang lalu. https://twitter.com/srahnst/status/1488101659242688514…
Read More
Tanah mendap di Sri Kembangan menyebabkan 5 kenderaan rosak.

Tanah mendap di Sri Kembangan menyebabkan 5 kenderaan rosak.

Baru - baru ini tular satu rakaman video di laman Twitter melihatkan beberapa buah kenderaan 'tenggelam' akibat fenomena tanah mendap yang berlaku di kawasan Sri Kembangan. Kejadian itu berlaku petang semalam apabila Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai secara tiba - tiba runtuh, sekaligus mengakibatkan lima kenderaan yang diletakkan di tepi jalan tersebut rosak. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, kejadian ini dikatakan masih lagi dalam pemantauan pihak bomba pada hari ini. https://twitter.com/HezeriSamsuri/status/1485960770597064706 Twitter Selepas menerima panggilan pada jam 6.38 petang semalam, seramai enam orang anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba…
Read More
Sri Muda banjir lagi ,adun dedah ada sampah di longkang.

Sri Muda banjir lagi ,adun dedah ada sampah di longkang.

Ekoran dari hujan lebat jam 4 petang semalam, beberapa kawasan di Taman Sri Muda mula ditakungi air. Menurut beberapa netizen di media sosial, beberapa rumah di sana juga mula dinaiki air paras buku lali namun begitu ia mula surut sekitar jam 5 petang. https://twitter.com/jokerasya/status/1485525741089746944 Twitter Menurut Pengarah Pasukan Bomba Dan Penyelamat Norazam Khamis, punca kenaikan air di kawasan tersebut adalah disebabkan longkang-longkang yang tersumbat di kawasan tersebut, lapor Malay Mail. Memetik laporan dari Sinar Harian pula, ADUN Kota Kemuning V Ganabatirau mengatakan punca banjir semalam adalah disebabkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat di sana. Saya juga kesal kerana nampak tidak ada semangat kejiranan…
Read More
15 sekolah di Kedah ditutup akibat dari 525 pelajar disahkan positif.

15 sekolah di Kedah ditutup akibat dari 525 pelajar disahkan positif.

Alor Setar: Kes positif Covid-19 membabitkan kluster pendidikan di negeri ini dianggap membimbangkan apabila 525 pelajar dan 25 guru disahkan dijangkiti setakat ini. Pengrusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata, jumlah itu adalah membabitkan lapan kluster pendidikan yang dikesan di seleruh negeri menyebabkan 15 buah sekolah terpaksa ditutup. Katanya, berikutan itu kerajaan negeri meminta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dan pihak pengurusan sekolah meningkatkan pemantauan termasuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dipatuhi. Covid-19 "Saya hendak ingatkan di Kedah ada 15 sekolah terjejas akibat Covid-19 membabitkan 525 pelajar, saya harap semua sekolah dapat beri perhatian…
Read More
Santai! Tok Ram berkain pelikat di red carpet raih pujian dari netizen.

Santai! Tok Ram berkain pelikat di red carpet raih pujian dari netizen.

Semalam, acara Gegar Vaganza Musim ke-8 telah melabuhkan tirainya dengan menobatkan Aliff Aziz sebagai juara diikuti Nikki Palikat naib juara dan Suki memenangi tempat ketiga diikuti dengan Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera. Selain dari persembahan itu, acara rehearsal yang dibuat pada malam Sabtu lepas itu juga turut mendapat perhatian ramai selepas tular video Ketua Juri Datuk Ramli MS atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ram dilihat berpenampilan sempoi ketika itu. Video yang dikongsikan oleh pelawak Issey di Instagramnya menunjukkan Tok Ram hanya memakai t-shirt, berkain pelikat dan selipar jepun ketika berjalan di karpet merah PICC Putrajaya. "Diamlah korangggg" Instagram…
Read More
SOP baharu kuarantin baru dikuatkuasakan semalam bagi kontak rapat.

SOP baharu kuarantin baru dikuatkuasakan semalam bagi kontak rapat.

Kementerian Kesihatan Malaysia semalam telah mengeluarkan garis panduan kuarantin baharu bagi individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid. SOP terbaharu kali ini telah berkuatkuasa pada 16 Januari dan turut digunapakai bagi individu yang sedang menjalani kuarantin. Bagi individu yang telah menerima vaksin penggalak, mereka dikehendaki untuk kuarantin selama 5 hari jika mempunyai kontak rapat dengan kes COVID positif. Manakala, bagi individu lengkap vaksin ( tanpa booster ) , tidak lengkap dan tiada status vaksinasi dikehendaki kuarantin selama 7 hari. Individu kontak rapat juga hanya dibenarkan untuk menamatkan kuarantin selepas lengkap tempoh pengasingan yang ditetapkan dengan keputusan ujian Covid…
Read More
ms Malay
X