
Kedudukan kerajaan UMNO di Melaka tergugat
Desas desus mengatakan bahawa kedudukan Kerajaan Negeri Melaka di bawah teraju United Malays National Organisation (UMNO) terguguat dan bakal tumbang bila-bila masa. Perkara ini terjadi kerana sebanyak empat orang ahli dewan undangan negeri (ADUN) kerajaan sudah menandatangani akuan sumpah (SD) dan akan berubah parti ke Pakatan Harapan (PH). Jika spekulasi ini benar, bermakna Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali akan kehilangan kuasa dan tampuk pemerintahan. Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sumber Malay Mail Setakat ini, sebanyak 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimiliki oleh kerajaan negeri manakala 11 kerusi dimiliki oleh pembangkang. Pada masa ini, kerajaan negeri mempunyai 17…