We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

sharifah

54 Posts
‘COVID NOW’, KKM LANCAR LAMAN WEB BAHARU

‘COVID NOW’, KKM LANCAR LAMAN WEB BAHARU

Berita baik kepada warga Malaysia kerana selepas ini anda boleh akses laman web terbaru dari KKM untuk mengetahui info-info mengenai Covid-19. YB Khairy Jamaluddin (Menteri Kesihatan Malaysia) memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melancarkan laman web baharu iaitu 'Covid Now' tidak lama lagi. Tambah beliau semua pihak terutamanya rakyat perlu bersedia untuk menerima  COVID-19 sebagai endemik yang akan bermula akhir oktober ini. Oleh itu, penyediaan data dan maklumat berkaitan COVID-19 memerlukan pembaharuan dengan lebih telus dan terperinci. “Saya bersama pengurusan tertinggi KKM telah bersetuju untuk kita memastikan data dan maklumat berhubung COVID-19 di dalam negara dapat diakses oleh semua…
Read More
TERLAMPAU STRES AKIBAT TIDAK BOLEH PULANG KE KAMPUNG, LELAKI DITEMUI MAUT DI RUMAHNYA

TERLAMPAU STRES AKIBAT TIDAK BOLEH PULANG KE KAMPUNG, LELAKI DITEMUI MAUT DI RUMAHNYA

Wabak Covid-19 yang semakin 'menggila' telah membuatkan sesetengah individu menghadapi tekanan yang luar biasa. Berita yang menyedihkan adalah seorang lelaki ditemui maut di rumah sewanya di Taman Scientex, Pasir Gudang pada Ahad lalu. Menerusi laporan dari Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak memaklumkan kecederaan yang dialami lelaki tersebut adalah susulan daripada tindakannya sendiri yang mengamuk dan menumbuk pintu kaca Masjid Taman Scientex sehari sebelum ditemui meninggal dunia. “Dia bertindak menumbuk pintu cermin hadapan masjid itu hingga pecah, menyebabkan tangannya berlumuran darah. Di lantai masjid terdapat kesan tompokan darah. “Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki itu menumbuk…
Read More
KAWASAN SEKITAR LEMBAH KLANG BERALIH KE FASA 2 MULAI JUMAAT INI

KAWASAN SEKITAR LEMBAH KLANG BERALIH KE FASA 2 MULAI JUMAAT INI

Khabar gembira buat warga sekitar Lembah Klang kerana tidak lama lagi mereka akan beralih ke Fasa 2. Finally! Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk membenarkan kawasan Lembah Klang seperti Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, dan Kuala Lumpur beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Jumaat ini. Menerusi kenyataan rasmi di laman portal Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau berkata pergerakan antara negeri dibenarkan dan tiada lagi roadblock. “Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutamanya seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik sekali". “Dengan ini, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang…
Read More
WAH PERKENALKAN SEMUA MENU DALAM 1 NAFAS GADIS INI CURI TUMPUAN NETIZEN

WAH PERKENALKAN SEMUA MENU DALAM 1 NAFAS GADIS INI CURI TUMPUAN NETIZEN

Sejak kebelakangan ini, kerajaan telah memberi kelonggaran bagi individu yang telah menerima 2 dos lengkap. Antaranya adalah mereka dapat dine-in di kedai makan. Hmm.. rindunya momen ni. Namun, lain pula yang viral di sosial media apabila seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @dausgh yang memaparkan cara seorang pelayan memperkenalkan semua menunya hanya dalam satu nafas. Perghh. Menerusi video yang berdurasi 21 saat itu, cara gadis yang merupakan salah seorang pelayan warung di situ memberitahu semua menu yang ada dengan satu nafas telah mencuri tumpuan warga net. Situasi itu membuatkan pelanggan itu semua terkejut dan kagum dengan kebolehan gadis itu. Bukan beshe-beshe…
Read More
SAYU 8 BULAN TAK BALIK KAMPUNG, RUPA-RUPANYA…

SAYU 8 BULAN TAK BALIK KAMPUNG, RUPA-RUPANYA…

Semua Ibu bapa mesti sayang dan rindukan anak-anak terutamanya yang duduk berjauhan. Tambah pula apabila sudah lama tidak bertemu gara-gara wabak Covid-19 yang semakin meruncing dan mungkin juga yang sedang mengejar cita-citanya. Apa yang boleh dikirimkan hanyalah doa untuk kejayaan anak. Kisah yang sama dikongsikan ini apabila anaknya sudah 8 bulan tidak dapat pulang ke kampung, dan akhirnya pulang membawa kejutan. Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @ummibie, memperlihatkan seorang anggota polis yang lengkap berpakaian uniform membuat surprise kepada kedua ibu bapanya. Sebak weh. Menerusi video yang berdurasi 58 saat itu, pegawai polis sebenarnya sudah lapan bulan…
Read More
TIGA BERANAK NEKAD RENTAS LEBIH 200 KM AKIBAT KESEMPITAN HIDUP

TIGA BERANAK NEKAD RENTAS LEBIH 200 KM AKIBAT KESEMPITAN HIDUP

Musim wabak Covid-19 yang semakin 'menggila' ini telah mengakibatkan sesetangah individu hilang punca pendapatan. Hal ini berlaku kerana tidak semua sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi akibat kes yang semakin tinggi. Disebabkan itu, ramai sektor atau peniaga-peniaga kecil terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat bertahan untuk bayar sewa. Satu posting yang tular di Facebook baru-baru ini, yang dikongsikan oleh Lembaga Zakat Selangor iaitu sepasang suami isteri nekad untuk bawa bayinya rentas negeri akibat tekanan hidup yang telah mencuri tumpuan netizen. Menerusi posting tersebut, dipercayai bahawa keluarga itu berasal dari dari Kuala Kurau, Perak.Mereka nekad menunggang motosikal dengan membawa bayi lelaki yang berusia 6…
Read More
VIDEO VIRAL LELAKI TERUJA DAPAT DINE IN DI KEDAI MAKAN, SIAP TAYANG SIJIL VAKSIN CURI TUMPUAN NETIZEN

VIDEO VIRAL LELAKI TERUJA DAPAT DINE IN DI KEDAI MAKAN, SIAP TAYANG SIJIL VAKSIN CURI TUMPUAN NETIZEN

Umum mengetahaui, kerajaan telah mengumumkan beberapa kelonggaran bagi individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin. Siapa je yang tak happy, dapat keluar dan dapat melakukan aktiviti yang dah lama tak buat akibat PKP yang ketat. Satu video yang tular di TikTok baru-baru ini, menerusi video seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @jamalhujan telah merakam telatah beberapa kawannya yang excited akhirnya dapat makan di kedai makan. Menerusi video itu, sijil digital vaksinasi daripada aplikasi MySejahtera sekarang menjadi kebanggaan untuk dipamerkan terutamanya dapat ‘dine-in’ di sebuah restoran. Menerusi video yang berdurasi sembilan saat itu kelihatan pemuda-pemuda itu gembira dapat makan dengan kawan-kawan…
Read More
DAH BOLEH RENEW LESEN MEMANDU DARI RUMAH. SANGAT MUDAH!

DAH BOLEH RENEW LESEN MEMANDU DARI RUMAH. SANGAT MUDAH!

Berita baik untuk semua rakyat Malaysia yang telah lengkap 2 dos vaksin, korang dah boleh walk-in terus ke pejabat JPJ, UTC dan Pos Malaysia. Gambar sekadar hiasan Namun, kepada individu yang masih belum lengkap 2 dos, anda jangan risau. Sekarang anda boleh renew lesen memandu secara atas talian. Sangat mudah tau. Lepas ini jangan risau kalau lesen dah hampir nak tamat tempoh. Anda boleh lakukannya dengan dua cara iaitu melalui laman web MySikap atau MyEG. Cara untuk memperbaharui lesen online melalui portal MySikap ialah:- Perlu melayari laman web Mysikap. Tekan pada Log Masuk Kali Pertama untuk daftar akaun dan isi semua…
Read More
HANYA PENERIMA 2 DOS LENGKAP AKAN DIBENARKAN MASUK PAWAGAM

HANYA PENERIMA 2 DOS LENGKAP AKAN DIBENARKAN MASUK PAWAGAM

Kabar berita kepada pencinta movie, tidak lama lagi panggung wayang akan kembali beroperasi. Happy tak? Sekian lama pawagam ditutup, pengusaha panggung wayang bersedia untuk kembali beroperasi, tetapi bersyarat iaitu hanya penerima yang sudah lengkap 2 dos sahaja dibenarkan memasuki pawagam. Gambar sekadar hiasan Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas (GSC) Group, Koh Mei Lee berkata, pelanggan serta kakitangan pawagam perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang berada di pawagam. "Kami selenggara pawagam kami mempunyai sekitar 97 peratus kakitangan yang diberi vaksin sepenuhnya. Saya ingin menekankan mengenai SOP yang ada." "Kami hanya akan membenarkan langgan…
Read More
“SYABAS,TERIMA KASIH KJ” APLIKASI MY SEJAHTERA AKAN DITAMBAH BAIK

“SYABAS,TERIMA KASIH KJ” APLIKASI MY SEJAHTERA AKAN DITAMBAH BAIK

Berita baik buat semua pengguna aplikasi My Sejahtera kerana aplikasi ini akan ditambah baik dengan penambahan status vaksinasi dan risiko seseorang bermula semalam. Wow, finally! Khabar gembira ini dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Khairi Jamaluddin (KJ) di laman Twitternya. Tambahan itu, Mneteri Kesihatan itu berkata, satu butang daftar keluar akan turut ditambah ke dalam aplikasi MySejahtera sebagai langkah menjejaki kontak rapat. Senangnya lepasni. Yang menariknya, pengguna hanya perlu menekan butang aplikasi tersebut tanpa perlu mengimbas sebelum keluar dari sesebuah premis. Tinjauan di Twitter, rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Khairy Jamaluddin. Salah seorang pengguna Twitter berkata "Yay!!…
Read More
ms Malay
X